Prestasi ekonomi negara tahun lepas terbaik di Asia Tenggara, kata BNM

February 10, 2023 · Isu semasa

Malaysia mencatatkan prestasi ekonomi memberangsangkan pada tahun lepas dan dikategorikan terbaik dalam kalangan Asia Tenggara.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam pembentangan laporannya berkata ekonomi negara mencatatkan pertumbuhan paling tinggi dalam tempoh 22 tahun sejak 2000 apabila berkembang pantas 8.7 peratus pada 2022, ia walaupun berdepan keadaan politik tidak stabil ekoran percaturan politik individu tertentu.

Pada suku terakhir 2022, ekonomi negara berkembang 7.0 peratus dipacu oleh permintaan dalam negeri yang kukuh, sekali gus menyokong pertumbuhan bagi keseluruhan tahun lalu mengatasi unjuran awal sekitar 6.5 peratus hingga 7.0 peratus.

Ekonomi Malaysia meneruskan momentum pertumbuhan kukuh yang dicatatkan pada hujung 2021, dengan berkembang 5.0 peratus pada suku pertama 2022.

Momentum positif itu berterusan dengan memperlihatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang di luar jangkaan sebanyak 8.9 peratus pada suku kedua dan terus berkembang pantas 14.2 peratus pada suku ketiga 2022, pertumbuhan terbaik di Asia Tenggara.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus, berkata prestasi memberangsangkan ekonomi negara pada tahun lalu disokong oleh pengembangan berterusan dalam permintaan domestik, pemulihan utuh pasaran kerja dan permintaan kukuh bagi elektrik dan elektronik (E&E) serta pemulihan aktiviti perlancongan.

Beliau berkata, pengembangan berterusan dalam pekerjaan pula mendorong pengurangan kadar pengangguran.

“Pada suku keempat 2022, ekonomi Malaysia berkembang 7.0 peratus dipacu oleh pengembangan berterusan dalam permintaan domestik dan permintaan kukuh bagi barangan E&E.

“Bagi 2022, ekonomi berkembang sebanyak 8.7 peratus,” katanya pada sidang media mengumumkan prestasi ekonomi suku keempat 2022 di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Nor Shamsiah berkata, aktiviti sektor swasta kekal menjadi pemacu utama pertumbuhan, disokong oleh penggunaan dan pelaburan swasta.

Beliau berkata, penggunaan swasta terus meningkat didorong terutamanya oleh keadaan pasaran pekerja yang bertambah baik.

Katanya, prestasi suku keempat 2022 itu dijangka akan memberikan sokongan kepada prestasi ekonomi Malaysia pada suku pertama 2023.

“Pertumbuhan suku pertama 2023 dijangka akan lebih baik daripada suku keempat 2022,” katanya.

Untuk rekod, negara berdepan cabaran pandemik Covid-19 pada 2020 dan keadaan politik yang bergolak apabila terdapat usaha pihak tertentu yang berkomplot untuk menjatuhkan kerajaan semasa krisis kesihatan memuncak.

Berita berkaitan
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023· Isu semasa
Bekas menteri kewangan persoal kenaikan OPR ketika inflasi menurun
May 28, 2023· Isu semasa
Zahid persoal kenapa PN mahu saman dirinya dalam isu dana judi
May 27, 2023· Politik
Inflasi Malaysia meningkat kepada 3.3 peratus April 2023
May 26, 2023· Isu semasa
Popular
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
May 29, 2023
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
8 jam lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
10 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
10 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
2 jam lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok