Polis tahan 11 lagi saksi kes tarian separuh bogel majlis Aidilfitri

June 4, 2022 · Isu semasa

Sebelas lagi saksi majlis rumah terbuka Aidilfitri yang melibatkan sekumpulan lelaki berperwatakan wanita menari separuh bogel di I-City Shah Alam, ditahan di bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata enam daripada mereka direman, termasuk seorang telah dibebaskan dengan jaminan kerana perlu menjalani pembedahan, manakala lima lagi terdiri daripada pengunjung majlis itu.

Beliau berkata pihaknya sedang mengesan dua lagi suspek dalam kes itu.

“Setakat ini, kami telah menahan pihak yang menganjur dan telah mengenal pasti penari yang terlibat dalam tarian separuh bogel itu.

“Polis juga telah mengenal pasti motif penganjuran majlis itu yang bertujuan menarik perhatian orang ramai,” katanya menurut laporan Bernama.

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan sekumpulan lelaki berperwatakan wanita yang menari separuh bogel dan membakar bunga api dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri di sebuah unit di I-City pada 27 Mei lepas.

Sebelum ini, polis menahan seorang selebriti media sosial (instafamous) dikenali sebagai Cik Lala, setelah disyaki terbabit dalam kejadian pondan menari separuh bogel dan pembakaran bunga api hingga menganggu ketenteraman awam di Central Walk I-city, Shah Alam, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata suspek adalah individu yang menyewa unit terbabit dengan kos RM4,000 untuk Majlis Hari Raya dengan kehadiran kira-kira 50 kenalannya.

Menurutnya tangkapan ke atas suspek dilakukan susulan laporan polis dibuat Badan Pengurusan Bersama (JMB) I-Soho I-City.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Banjir di Kedah makin buruk, air enam sungai pula naik
October 29, 2022
Letak jawatan jika tak sebulu dengan kerajaan, kata Hadi Awang
May 10, 2021
Tak patut lantik Asyraf Wajdi jadi pengerusi MARA: Pakar ekonomi
March 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok