Polis Kelantan terima laporan wanita persenda solat, bacaan Yasin

May 30, 2021 · Isu semasa

Seorang wanita dipercayai pengasas produk kosmetik di Kelantan yang didakwa mempersenda amalan solat dan membaca Yasin berdepan siasatan polis selepas laporan terhadapnya sudah dibuat oleh orang ramai yang tidak berpuas hati dengan perbuatan biadab tersebut.

Polis sudah menerima laporan berhubung isu tersebut pada 10.25 pagi hari ini dan kertas siasatan sudah dibuka, kata Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Abdul Rahim Daud.

“Pengadu mendakwa melihat satu rakaman video dikongsi dalam WhatsApp malam tadi, memaparkan wanita Melayu berusia lingkungan 30-an menyatakan dia tidak suka sembahyang dan semua orang tidak solat pada 2021.

“Tindakan itu boleh dianggap mempersenda dan mempermainkan agama serta boleh menimbulkan kemarahan dalam kalangan masyarakat,” katanya lapor Bernama.

bdul Rahim berkata semakan awal telah dilakukan terhadap video itu dan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa klip video mengenai wanita terbabit yang mengeluarkan kenyataan bagaikan mempersenda agama Islam seperti solat dan bacaan Yasin.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad juga meminta pihak berwajib menyiasat dakwaan seorang wanita beragama Islam tidak pernah sembahyang dan tidak tahu mengambil wuduk seperti video tular di media sosial.

Katanya, penguat kuasa agama amnya perlu menyiasat mengapa wanita itu mengeluarkan kenyataan sedemikian yang bertentangan dengan ajaran Islam.

“Dalam Islam, kita tidak boleh membuat kenyataan yang tidak baik dan menceritakan keburukan diri kepada orang ramai terutama di media sosial

“Harap ada pihak yang berautoriti akan memberi nasihat kepada wanita itu supaya dia dapat berhijrah ke arah yang lebih baik. Sebagai orang Islam kita perlu saling memberi nasihat untuk ke arah kebaikan,” katanya.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok