Polis bebas 13 perusuh dengan jaminan, 7 lagi masih ditahan

May 16, 2021 · Isu semasa

Polis membebaskan 13 perusuh yang terlibat dalam kejadian rusuhan di Parit Raja di Batu Pahat, Johor hari ini selepas video rakaman tersebut tular dalam laman sosial, sementara tujuh lagi masih ditahan.

Pembebasan tersebut disahkan Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah yang memberitahu baki perusuh masih ditahan sehingga esok bagi membantu siasatan.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 144 Kanun Keseksaan, Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan (1957),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ismail berkata mereka juga bakal berdepan siasatan terhadap kesalahan di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan ) (Pindaan) 2021 dan juga Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Penahanan kesemua lelaki berusia 16 hingga 28 tahun tersebut susulan maklumat orang awam mengenai penemuan kain rentang bertulis “Kerajaan Gagal” di sebuah jejantas di kawasan itu pada 13 Mei lepas, selain sebuah video tular menunjukkan perhimpunan, nyalaan suar dan kejadian menaikkan kain rentang tanpa mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok