Polis akan panggil penganjur himpunan Selamatkan Malaysia desak dakwa Zahid

September 16, 2023 · Isu semasa

Satu perhimpunan yang berlangsung di ibu negara hari ini, tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid.

Beliau berkata perhimpunan yang dihadiri kira-kira 850 peserta itu, gagal memenuhi butiran diperlukan oleh Jadual 4 dalam Seksyen 10 akta berkenaan, lapor Bernama.

“Mengikut Seksyen 9 penganjur perlu kemukakan permohonan dan Jadual 4 dalam Seksyen 10 pula ada format yang penganjur kena patuhi yang telah diperuntukkan undang-undang, mereka kena ikut format itu.

“Antaranya kena nyatakan dengan jelas siapa penganjur, kena dapatkan kebenaran pemilik premis dan tanah di kawasan perhimpunan diadakan, seterusnya sertakan sekali kebenaran itu dalam permohonan yang dibuat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.

Allaudeen berkata kesemua maklumat tersebut penting kepada polis, dalam memudah cara sesuatu perhimpunan, namun kekeliruan ditimbulkan penganjur terutamanya berkenaan lokasi perhimpunan menyukarkan polis menjalankan tugas mereka.

Sehubungan itu, beliau berkata polis akan melihat kembali tindakan susulan sewajarnya atas kegagalan perhimpunan yang bermula pada 1.15 tengah hari dan berakhir pada 3.30 petang di Kompleks Sogo itu dalam mematuhi APA 2012.

“Kami akan melihat kepada kesemua aspek yang kami percaya menyebabkan perhimpunan hari ini tidak mematuhi kepada akta,” katanya.

Dalam pada itu, Allaudeen mengesahkan menerima satu laporan polis dibuat penganjur berdasarkan tuntutan yang dibuat dalam perhimpunan tersebut, dan pihaknya akan mengkaji terlebih dahulu laporan itu untuk tujuan pengelasan kandungan.

“Kami akan panggil sesiapa sahaja yang boleh membantu siasatan, termasuk 16 individu yang berucap sepanjang perhimpunan tadi,” katanya.

Beliau juga menafikan dakwaan mesej tular yang mengatakan terdapat beberapa Ahli Parlimen ‘dikepung’ polis, sehingga tidak dapat menyertai perhimpunan itu.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mendedahkan, polis telah menerima 22 laporan polis daripada individu yang tidak bersetuju dengan perhimpunan anjuran Pemuda Perikatan Nasional (PN) itu.

Berita berkaitan
Kertas siasatan dibuka dalam kes lima polis larikan seorang lelaki dan pukul
22 jam lalu· Isu semasa
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
October 1, 2023· Isu semasa
Suspek tikam isteri ditahan reman tujuh hari
October 1, 2023· Isu semasa
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
October 1, 2023· Isu semasa
Popular
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
October 3, 2023
Minyak masak paket hanya boleh dijual kepada mereka ada ID khas: Fuziah
October 2, 2023
Seorang warga Sri Lanka mati dalam lokap di Jinjang
October 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
2 jam lalu · Isu semasa
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
15 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sedaya upaya tangani isu bekalan beras, kata PMX
15 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh lagi kepada RM4.72 berbanding dolar
16 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing jadi penjual bersih minggu lepas, bernilai RM44.7 juta
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok