PN gesa tubuh Suruhanjaya Bebas Diraja siasat skandal kapal tempur

August 9, 2022 · Isu semasa

Perikatan Nasional (PN) menggesa Kabinet menubuhkan sebuah Suruhanjaya Bebas Diraja bagi menyiasat dakwaan berlaku penyelewengan berkaitan projek kapal tempur pesisir pantai (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata lebih malang sekiranya amalan rasuah dan penyelewengan yang menjadi barah dalam sebuah pemerintahan kleptokrasi berulang kembali di negara kita.

Menurutnya PN yang dianggotai Bersatu, PAS, Gerakan, STAR Sabah dan SAPP, serta disokong wakil Bebas, menentang keras amalan kotor ini dan tidak akan membiarkan kumpulan kleptokrat kembali memperjudikan nasib rakyat demi kepentingan peribadi.

“Walaupun pemerintahan kleptokrasi BN telah berakhir pada PRU-14 yang lalu, namun sehingga hari ini kita masih dihantui oleh peninggalan kebobrokan pemerintahan mereka.

“Yang terbaharu ialah skandal pembinaan kapal LCS TLDM yang melibatkan kerugian wang rakyat sebanyak RM9 bilion, selain merencatkan keupayaan TLDM untuk mengawal perairan negara disebabkan kegagalan syarikat yang dianugerah kontrak pembinaan kapal LCS secara rundingan terus untuk menyiapkan projek tersebut.

“Pendedahan bekas Panglima TLDM, Tan Sri Dr Abdul Aziz Jaafar, mengenai bantahan beliau terhadap perolehan projek ini menerusi beberapa pucuk surat yang dihantar kepada Menteri Pertahanan pada ketika itu amat mengejutkan kita,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bantahan ini, bagaimanapun tidak diendahkan oleh Menteri Pertahanan ketika itu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

“Inilah pemimpin BN yang akan mengetuai parti itu dalam PRU-15. Jika inilah hakikatnya, adakah rakyat Malaysia akan mempercayai mantra yang akan dibawa oleh BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang?,” katanya.

Pada Khamis (4 Ogos lalu) Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan laporan setebal 247 muka surat berhubung LCS dan antaranya terma-terma kontrak adalah lemah dan tidak memihak kepada kerajaan apabila pembayaran projek LCS berdasarkan kemajuan aktiviti atau pembekalan item dan bukan berdasarkan kemajuan sebenar.

Menurut laporan itu, pandangan TLDM selaku pengguna akhir tidak diendahkan oleh Kementerian Pertahanan dan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) dalam pelaksanaan projek LCS.

Untuk rekod, perolehan LCS itu telah diluluskan oleh Putrajaya pada awal 2011 ketika pemerintahan BN dan UMNO. Pada akhir 2011, kontrak RM9 bilion telah diberikan kepada BNS.

Kontrak itu berkuat kuasa pada 3 Oktober 2013, selama 10 tahun dan akan tamat pada 2 Oktober tahun depan.

Lima daripada enam kapal itu sepatutnya diserahkan bulan ini, kata PAC pada Khamis, 4 Ogos lalu. LCS adalah kapal yang lebih kecil yang umumnya direka untuk operasi berhampiran pantai.

Tetapi, tiada satu pun daripada enam kapal yang ditempah TLDM telah dihantar oleh kontraktor tempatan BNS, sedangkan kerajaan BN dan UMNO telah membayar lebih RM6 bilion.

Pada asalnya, reka bentuk kapal jenis Sigma pilihan TLDM telah dipersetujui oleh Menteri Pertahanan. Keputusan tersebut telah berubah kepada reka bentuk kapal jenis Gowind pada 11 Julai 2011 atas cadangan BNS yang dibawa kepada Zahid pada 8 Julai 2011.

Laporan itu juga memetik kenyataan Panglima TLDM ketika itu, Laksamana Tan Sri Dr Abdul Aziz Jaafar, yang berkata keputusan tersebut adalah sesuatu yang tidak kena.

Berita berkaitan
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
3 jam lalu· Politik
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
September 27, 2023· Isu semasa
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
September 23, 2023· Politik
UMNO-BN hilang 27,000 lebih undi Melayu tapi Zahid masih berbangga
September 10, 2023· Politik
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
3 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
3 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
23 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
23 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
6 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok