Zahid kata kerusi Kemaman kubu kuat UMNO

November 13, 2023 · Politik

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu berpeluang merampas kembali kerusi Parlimen Kemaman, Terengganu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 2 Dis ini, kerana kawasan itu merupakan kubu kuat UMNO dan bukannya parti PAS.

Zahid yang juga Presiden UMNO berkata kekalahan parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) disebabkan fitnah terhadap UMNO dan BN selain penggunaan sumber kewangan yang luar biasa oleh pihak lawan, lapor Bernama.

“Kita merasakan Kemaman bukan kubu kuat PAS, Kemaman ialah kubu kuat UMNO.

“Namun, disebabkan terjahan isu fitnah dan juga simbahan kebencian terhadap UMNO khususnya dan BN, serta penggunaan sumber kewangan yang sangat luar biasa pada ketika itu, maka kita kekurangan undi di Kemaman,” katanya pada majlis pengumuman calon BN bagi PRK Kemaman di Menara Dato’ Onn hari ini.

Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor diumum sebagai calon langsung BN bagi PRK Kemaman.

Zahid berkata Raja Mohamed Affandi yang dibesarkan di Kemaman, dilihat mampu meraih sokongan rakyat sekali gus merampas kembali kerusi berkenaan berdasarkan kepimpinannya dalam ketenteraan.

“Beliau mempunyai latar belakang yang sangat kuat dalam kerjaya ketenteraan dan beliau telah melalui kerjaya profesional ini dengan begitu gigih,” katanya.

Ditanya mengenai penerimaan jentera UMNO dan BN terhadap pemilihan Raja Mohamed Affandi sebagai calon BN, Zahid meluahkan keyakinan terhadap sokongan ahli parti dan pengundi di Kemaman.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK Parlimen Kemaman pada 2 Dis ini manakala tarikh penamaan calon dan hari pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 18 dan 28 Nov.

PRK Parlimen Kemaman perlu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept, yang membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid pada PRU15.

Pada PRU-15, calon BN Datuk Seri Ahmad Said tewas kepada Che Alias dengan majoriti 27,179 undi sekali gus menyaksikan PAS mendominasi kesemua 14 kerusi Parlimen di negeri berkenaan.

Kerusi Parlimen Kemaman sebelum ini diwakili BN menerusi Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek selama tiga penggal, sebelum bertukar tangan kepada Che Alias pada PRU-14.

Berita berkaitan
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Lagi Politik terkini
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
6 jam lalu · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
2 jam lalu
[VIDEO] Belanjawan 2024 paling pantas diluluskan DUN Kedah, kata Sanusi
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok