PM menghadap Agong 45 minit

October 6, 2022 · Isu semasa

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hanya menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selama kira-kira 45 minit di Istana Negara hari ini (6 Oktober 2022).

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO dilihat tiba di pintu masuk Istana Negara jam 3.48 petang tadi, sebelum kenderaan Toyota Alphard berwarna putih membawa beliau keluar kira-kira jam 4.45 petang.

Beliau tidak berhenti menemui puluhan wartawan yang berkumpul di luar pekarangan pintu masuk Istana Negara, sebaliknya menurunkan tingkap kereta dan melambai kepada petugas media.

Perdana Menteri sebelum ini, dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada pukul 4 petang bagi membuat sembah taklimat berhubung Bajet 2023 yang dijangka dibentang petang esok (7 Oktober 2022).

Majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara itu adalah rutin biasa untuk Perdana Menteri sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

Bagaimanapun, sesi menghadap kali ini mendapat perhatian meluas berikutan spekulasi bahawa beliau akan memohon pembubaran Parlimen untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ia susulan keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, 30 Oktober lalu yang memutuskan supaya PRU-15 diadakan pada tahun ini juga dan Ismail Sabri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong berhubung pembubaran Parlimen.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada Perdana Menteri ada membincangkan mengenai pembubaran Parlimen ketika sesi menghadap berkenaan.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah berkenan berangkat ke sesi sembah taklimat persiapan menghadapi bencana dan banjir di Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara, Jabatan Pengairan dan Saliran di Ampang, hari ini.

Perdana Menteri ketika ditemui media selepas meninjau persiapan Bajet 2023 di Kementerian Kewangan tengah hari tadi pula memaklumkan ‘agenda tambahan’ berkaitan pembubaran Parlimen mungkin dibincangkan dalam sesi menghadap hari ini jika berkesempatan.

Menurut Ismail Sabri, perbincangan itu mungkin mengambil masa yang panjang memandangkan banyak perkara yang akan diterangkan selain beliau menerima pesanan daripada Seri Paduka.

Sebelum ini, Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin mengesahkan 12 menteri yang mewakili Perikatan Nasional (PN) mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong, untuk menyatakan hasrat tidak mahu PRU-15 diadakan tahun ini.

Radzi menegaskan, menteri daripada PN berpendirian kebajikan rakyat merupakan perkara penting yang perlu diberikan tumpuan ketika ini, bukannya soal PRU-15.

Berita berkaitan
Bukit Aman siasat ugutan bunuh PM tular dalam TikTok
November 26, 2023· Politik
Sultan Ibrahim utamakan 33 juta rakyat Malaysia, bukan wakil rakyat
November 22, 2023· Isu semasa
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023· Politik
Sebelum jadi PM semua nak reform, bila dah jadi PM lagi teruk: Dr Mahathir
November 13, 2023· Politik
Popular
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
3 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
4 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
4 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
4 jam lalu · Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
8 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok