Pesakit Covid-19 kategori 4, 5 meningkat, membimbangkan

June 14, 2021 · Isu semasa

Jumlah pesakit Covid-19 dalam kategori 4 dan 5 di seluruh negara semakin membimbangkan susulan peningkatan mendadak pada bulan Mei berbanding April lalu, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata rekod daripada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) perkhidmatan hospital di seluruh negara trend pesakit kategori itu meningkat sehingga 30,287 kes sepanjang Mei, berbanding hanya 6,751 pada April.

Beliau menjangkakan kes bagi kedua-dua kategori itu bakal meningkat bulan ini kerana sehingga semalam, 22,857 kes direkodkan di seluruh negara.

Pesakit kategori 4 adalah mereka yang memerlukan oksigen manakala kategori 5 adalah pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Pada sidang media mengenai perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di sini hari ini bersama Menteri Penyelaras program itu Khairy Jamaluddin, beliau berkata kapasiti penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) kini mencapai 97 peratus.

Katanya, ketika ini terdapat 1,767 katil ICU di seluruh negara termasuk di hospital kerajaan dan hospital Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan jumlah pesakit yang sedang menjalani rawatan rapi adalah 1,161, manakala 452 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam perkembangan lain, Dr Adham berkata kerajaan menetapkan klinik dan pusat perubatan swasta untuk menyediakan bil terperinci bagi penjualan perkhidmatan ujian Covid-19 di premis mereka, sekiranya kos dikenakan melebihi harga siling setiap jenis ujian seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Kerajaan sebelum ini menetapkan harga siling bagi ujian saringan Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR) berharga RM150, rapid molecular yang membolehkan ujian diperoleh dengan pantas pada harga RM270, Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen pada harga RM60 dan ujian pantas mengesan antibodi pada kadar RM50 di Semenanjung.

Di Sabah dan Sarawak pula, harga siling RT-PCR ditetapkan sebanyak RM200, RM350 bagi ujian rapid molecular, RM80 bagi RTK Antigen dan RM70 bagi ujian pantas antibodi.

Dr Adham berkata orang ramai boleh membuat aduan kepada CPRC dan Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) sekiranya klinik atau pusat perubatan swasta mengenakan harga tidak berpatutan untuk ujian saringan Covid-19.

“Kita buka ruang untuk orang ramai buat aduan jika dikenakan caj dengan harga tidak berpatutan,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok