Permohonan Najib pinda tarikh pelepasan pasport dibenarkan Mahkamah Rayuan

November 3, 2021 · Isu semasa

Permohonan Datuk Seri Najib Razak meminda tarikh bagi pelepasan dan pemulangan pasportnya untuk ke Singapura dibenarkan Mahkamah Rayuan hari ini.

Keputusan itu diputuskan panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Seri Kamaluddin Md Said selepas mendapati alasan diberikan bekas Perdana Menteri itu adalah munasabah namun menegaskan mahkamah tidak sewenang-wenangnya meluluskan permohonan Najib.

Dua lagi panel hakim tersebut Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hashim Hamzah.

Najib memohon meminda tarikh selepas menangguhkan perjalanan bagi membantu jentera parti UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bakal berlangsung 20 November depan.

Kamaluddin berkata, mahkamah mendapati pihak pendakwaan yang memutuskan untuk tidak membantah permohonan itu berbuat demikian selepas menimbang dan meneliti alasan berkenaan dan mendapati ia adalah munasabah.

Kali ini, katanya, mahkamah juga mendapati terdapat alasan yang munasabah selepas meneliti permohonan dan afidavit sokongan pemohon (Najib) dan disebabkan itu pendakwaan tiada alasan untuk membantah.

“Ia sudah dipertimbangkan oleh pihak pendakwaan, bukan bermakna responden sewenang-wenangnya tidak bantah. Bagi pihak mahkamah pula, ini kali kedua di mana kali pertama alasan pemohon ialah untuk melawat anak perempuannya yang bersalin di Singapura dan sekarang alasan kedua untuk PRN Melaka.

“Saya mengingatkan kamu bahawa tiada lagi alasan kali ketiga kerana mahkamah akan disalah anggap dan dilihat sewenang-wenangnya beri kelulusan. Jadi mahkamah membenarkan permohonan ini dan pasport hendaklah dikembalikan pada atau sebelum 6 Disember,” katanya lapor portal BH.

Terdahulu, peguam, Muhammad Farhan Shafee memberitahu panel, jadual perjalanan Najib ke Singapura terpaksa diubah kerana beliau diamanahkan dengan tanggungjawab untuk memastikan parti bertindak teratur dan sewajarnya pada PRN Melaka ketika ketiadaan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang ketika ini mendapatkan rawatan sakit belakang di Jerman.

Beliau berkata, permohonan pihaknya untuk meminda tarikh itu daripada 20 Oktober hingga 22 November kepada 25 Oktober hingga 6 Disember ini sudah dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes jenayah dihadapinya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Shafiq Hasim tidak membantah permohonan berkenaan.

Pada 18 Oktober lalu, mahkamah sama membenarkan permohonan Najib untuk mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara bermula 20 Oktober hingga 22 November ini bagi membolehkan bekas Perdana Menteri itu melawat anak perempuannya Nooryana Najwa yang kini berada di Singapura dan melahirkan anak kedua dua hari lalu.

Menurut afidavit sokongan bagi permohonan meminda tarikh itu, Najib berkata, perancangannya berubah di mana beliau akan bertolak ke Singapura pada 21 November dan pulang ke tanah air pada 5 Disember ini atau lebih awal daripada tarikh berkenaan.

Katanya, pada masa sama, beliau akan memulangkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah selewat-lewatnya pada 6 Disember ini.

Najib menunggu keputusan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lalu yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan berhubung dana RM42 juta SRC International.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
MB Perlis cerai isteri talak satu
August 25, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Benar ke Najib kontak rapat Covid-19, tapi kereta berderet depan rumah
December 7, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok