Perbicaraan rayuan kes rasuah Isa Samad ditangguh 16 Oktober

June 26, 2023 · Isu semasa

Rayuan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad terhadap sabitan dan hukuman penjara enam tahun serta denda bagi kesalahan rasuah berkaitan pembelian sebuah hotel di Sarawak, ditangguhkan sekali lagi berikutan bekas Pengerusi Felda itu dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Seremban kerana masalah jantung.

Isa Samad baru-baru ini baharu sahaja diterima permohonannya masuk menyertai UMNO semula selepas keluar parti sebelum ini.

Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azmi Ariffin membenarkan penangguhan itu selepas peguam Datuk Salehuddin Saidin, yang mewakili Mohd Isa memaklumkan bahawa anak guamnya dimasukkan ke hospital malam tadi dan laporan perubatan telah diterima daripada pihak hospital pagi ini, menurut laporan Bernama.

“Isteri kepada Mohd Isa selaku penjamin juga tidak dapat hadir pada prosiding hari ini kerana semalam beliau mendapatkan suntikan pada lututnya yang sakit dan beliau tidak boleh berjalan hari ini akibat suntikan itu.

“Kami baru dimaklumkan mengenai perkara itu dan pihak keluarga memohon maaf atas kesulitan tersebut,” kata peguam itu.
Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz tidak membantah penangguhan rayuan berkenaan.

Hakim Hadhariah, yang kemudiannya menetapkan 16 Okt depan untuk pendengaran rayuan berkata pihak mahkamah berharap agar Mohd Isa sihat pada tarikh pendengaran baharu itu.

“Jika ada masalah sakit, tidak ada sesiapa boleh buat apa-apa,” kata hakim itu.

Sebelum ini, rayuan berkenaan ditetapkan pada 7 Mac lepas, namun pada tarikh itu, rayuan berkenaan dijadual semula hari ini (26 Jun) berikutan pihak pembelaan memerlukan masa untuk membalas hujahan pendakwaan.

Pada 3 Feb 2021, Mahkamah Tinggi mensabitkan Mohd Isa, 73, atas sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak, oleh Felda.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No 11, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur antara 21 Julai 2014 dan 11 Dis 2015.

Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan) menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan menjadikan keseluruhan 54 tahun serta denda RM15.45 juta atau dipenjara 18 tahun jika gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, Mohd Isa hanya perlu menjalani hukuman penjara enam tahun apabila mahkamah memerintahkan supaya kesemua hukuman penjara itu berjalan serentak.

Mahkamah menaikkan jumlah jaminan daripada RM800,000 kepada RM1.5 juta dan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap 1 hari bulan hingga rayuan selesai.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu memfailkan notis rayuan terhadap sabitan salah serta hukuman penjara dan denda yang dikenakan terhadapnya pada 4 Feb 2021.

Berita berkaitan
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
6 jam lalu· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
7 jam lalu· Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
7 jam lalu· Isu semasa
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
8 jam lalu· Politik
Popular
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
7 jam lalu · Isu semasa
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
8 jam lalu · Isu semasa
Operasi mencari mangsa dalam runtuhan gudang diteruskan
8 jam lalu · Isu semasa
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023 · Isu semasa
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
9 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok