Peningkatan perdagangan negara RM1.4 trilion setakat Ogos

October 4, 2021 · Isu semasa

Pemulihan global antara faktor penyumbang perdagangan negara dari Januari hingga Ogos tahun ini meningkat sebanyak 22.9 peratus kepada RM1.4 trilion berbanding tempoh sama pada tahun lepas.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, pemulihan tersebut didorong pemulihan ekonomi global dan permintaan luar yang semakin melonjak khususnya melibatkan sektor industri-industri utama.

“Peningkatan eksport didorong pemulihan ekonomi global dan permintaan luar yang semakin meningkat di mana terdapat kenaikan hampir kesemua eksport barangan terutamanya elektrik dan elektronik (E&E), keluaran getah dan petroleum, barangan perkilangan, logam serta minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit.

“Prestasi perdagangan negara turut merekodkan pencapaian yang signifikan antaranya jumlah perdagangan Malaysia melepasi nilai RM1 trilion hanya dalam tempoh enam bulan pertama 2021. Ini merupakan tempoh terpantas yang pernah direkodkan negara,” katanya di Dewan Rakyat hari ini lapor Bernama.

Ujarnya, eksport berkembang 24.9 peratus kepada RM778.49 bilion manakala import meningkat 20.4 peratus kepada RM628.29 bilion dengan lebihan dagangan melonjak 48.2 peratus kepada RM150.2 bilion.

Mohamed Azmin menjawab soalan Senator Datuk Othman Aziz yang ingin tahu impak keseluruhan perdagangan negara kesan daripada pandemik Covid-19 dan langkah jangka pendek untuk merancakkan semula aktiviti perdagangan antarabangsa dan seterusnya membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.

Memperincikan perkara itu, Mohamed Azmin berkata jumlah eksport pada April 2021 mencatatkan nilai tertinggi iaitu sebanyak RM105.59 bilion manakala pada Mac dan Jun, eksport merekodkan nilai melebihi RM100 bilion dengan masing-masing RM105 bilion dan RM105.49 bilion.

“Keadaan ekonomi dunia yang semakin pulih memberi impak positif kepada prestasi perdagangan negara,” katanya.

Justeru, Mohamed Azmin berkata langkah meningkatkan aktiviti perdagangan antarabangsa antaranya melalui Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan di mana dalam tempoh separuh pertama tahun ini telah berjaya mencatatkan jumlah transaksi berkaitan eksport bernilai RM3.45 bilion.

“Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) meningkatkan had bantuan bagi mengekalkan banyak syarikat Malaysia menggunakan platform e-dagang.

“MATRADE juga buat julung kalinya menganjurkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) secara maya dari 9 Sept hingga 31 Dis tahun ini dan rekod jualan terkumpul untuk empat hari pertama bagi pameran MIHAS dan Program Penyumberan Antarabangsa dari 1 April hingga 1 Sept adalah RM1.68 bilion,” katanya.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Popular
Doktor sertai mogok umum tak beretika, moral rendah
July 26, 2021
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
KKM sahkan bantu WHO kaji tiga jenis ubat rawat Covid-19
August 13, 2021
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok