Pengguna beralih daripada beli beras import ke beras tempatan, kata Mat Sabu

September 19, 2023 · Isu semasa

Kekurangan bekalan beras tempatan disebabkan ramai pengguna yang tidak lagi membeli beras import, kata Datuk Seri Mohamad Sabu.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu tidak menolak wujud kekurangan beras tempatan di pasaran dan menjelaskan apabila beras import naik harga, permintaan terhadap beras putih tempatan melonjak.

“Bila berlaku kenaikan harga beras import begitu tinggi, yang selalu beli beras import berubah (pembelian) ke beras tempatan menyebabkan berlaku kekurangan (bekalan di pasaran).

“Sebelum ini beras tempatan tidak dipedulikan sangat termasuk oleh para peniaga,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) semalam.

Isu beras menjadi rungutan orang ramai apabila bekalan beras tempatan kekurangan di pasaran dan sukar diperoleh sekarang.

Sementara itu, Mat Sabu juga memaklumkan kerajaan belum memutuskan untuk melarang warga asing daripada membeli beras putih tempatan.

“Warga asing pun perlu makan, jangan lupa mereka bekerja dan berkhidmat untuk membangunkan negara kita,” ujarnya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencelah dan meminta Mohamad menyatakan keputusan kerajaan terhadap cadangan larangan pembelian beras kepada warga asing.

Mohamad menegaskan, beliau yakin langkah-langkah intervensi yang dilakukan dalam isu kekurangan beras tempatan itu termasuk pelaksanaan Operasi Beras Putih Tempatan akan dapat menangani masalah itu.

Dari segi kedudukan stok bekalan beras negara, menurutnya, sehingga kini stok bekalan beras negara adalah sebanyak 900,000 tan metrik membabitkan 250,000 tan metrik simpanan stok dan 650,000 tan metrik stok dagangan.

“Jumlah ini adalah mencukupi untuk menampung keperluan beras negara bagi tempoh empat hingga lima bulan.

“Sehubungan itu kementerian berpandangan bahawa masih belum terdapat keperluan mendesak yang bersifat kecemasan untuk menggunakan simpanan stok yang berjumlah 250,000 tan metrik,” jelasnya.

Katanya, stok dagangan sedia ada sebanyak 650,000 tan metrik adalah mencukupi bagi menampung keperluan domestik.

Berita berkaitan
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023· Isu semasa
Isu bekalan beras, Mat Sabu kata sudah bertemu wakil PM India
September 29, 2023· Isu semasa
Mat Sabu cadang premis kerajaan guna beras import bersubsidi
September 29, 2023· Isu semasa
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
September 26, 2023· Isu semasa
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
19 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
19 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023 · Isu semasa
13 warga asing ditahan berhubung siasatan kes bunuh peniaga buah
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
2 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok