Pengarah kanan Bukit Aman, bekas diplomat disaman fitnah pegawai SB

May 31, 2022 · Isu semasa

Seorang pegawai polis Cawangan Khas (SB) memfailkan dua saman fitnah terhadap seorang pengarah kanan Bukit Aman dan bekas diplomat kerana menuduhnya membuat tuntutan palsu pada 2020 dan 2021.

Pegawai terbabit, Asisten Superintendan Azwan Jamaldin didakwa membuat beberapa tuntutan palsu berjumlah RM63,704 bagi menyelenggara dan membaiki kenderaan pegawai perhubungan polis Malaysia di Pontianak, Indonesia.

Harian Metro melaporkan, saman itu yang dibuat secara berasingan menamakan Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din serta bekas konsul Malaysia ke Pontianak, Mohiuddin Ghazali sebagai defendan difailkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, minggu lalu.

Berdasarkan writ saman itu, Azwan mendakwa Mohiuddin secara palsu dan berniat jahat menulis dan menerbitkan kenyataan berbentuk fitnah mengenainya menerusi emel antara 23 Disember 2020 dan 8 Mac 2021.

Mohiuddin didakwa menulis emel kepada seorang pegawai Wisma Putra pada Ogos 2021 untuk menggesa pasukan petugas menyiasat tuntutan perbelanjaan Azwan.

Pasukan petugas itu kemudian mengesahkan Azwan memalsukan tuntutan berkenaan.

Beliau turut mendakwa Ramli menulis surat yang didakwa berunsur fitnah pada 23 Mac 2021 berdasarkan dakwaan Mohiuddin dan menghantarnya kepada beberapa pegawai tertinggi polis.

Mereka termasuk bekas Pengarah Cawangan Khas, Datuk Mohamed Farid Abu Hassan; Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Datuk Cheong Koon Kock; Ketua Penolong Pengarah E7 Cawangan Khas, Senior Asisten Komisioner Aida Abdul Hamid; Ketua Polis Negara ketika itu serta kerajaan.

Azwan yang menuntut ganti rugi daripada defendan mendakwa reputasinya sebagai anggota polis tercemar teruk dan beliau tidak dinaikkan pangkat disebabkan tuduhan itu.

Peguam Azwan, M. Manoharan mengesahkan beliau memfailkan saman itu bagi pihak anak guamnya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 23 Mei lalu.

Katanya, semasa pengurusan kes, mahkamah meminta Ramli memfailkan pembelaannya sebelum 15 Jun depan manakala pengurusan kes membabitkan Mohiuddin pada 3 Jun ini. – Artikel kredit SatuBerita

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dua bekas pembantu Najib antara disaman seorang penceramah bebas
December 27, 2023· Politik
Projek HSR: Saman terhadap empat tokoh politik dibatalkan mahkamah
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok