Penduduk berhampiran 220 cerun kritikal diminta lebih waspada

December 24, 2021 · Isu semasa

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli meminta penduduk di kawasan cerun kritikal tahap tinggi, lebih berwaspada dengan persekitaran dan mengambil tindakan segera jika wujud tanda-tanda awal berlakunya tanah runtuh.

Kawasan ‘hot spots’ yang dikenal pasti ialah Bukit Antarabangsa dan Sungai Penchala di Selangor; Cameron Highlands, Pahang; Genting Peras, Negeri Sembilan; Gunung Jerai, Kedah; Bukit Canada Miri, Kapit dan Santubong di Sarawak; Keningau, Kampung Kiau-Melangkap-Kundasang-Ranau, Sandakan, Sepanggar dan Kota Kinabalu di Sabah serta 30 kawasan di Pulau Pinang.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pemantauan terhadap 220 cerun kritikal di seluruh negara oleh JMG sudah mengenal pasti 122 lokasi cerun tanah yang diklasifikasikan sebagai utama yang berpotensi berlakunya bencana tanah runtuh.

Memetik laporan Bernama, beliau berkata, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) juga sudah memuat naik maklumat berkenaan lokasi hot spots itu dalam media sosial rasmi jabatan seperti Twitter dan Facebook.

“Maklumat ini turut dikongsikan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan juga ahli Jawatankuasa Pelan Induk Cerun Negara yang turut dianggotai oleh semua pihak berkuasa tempatan yang berkenaan dan agensi yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat.

“Orang awam diminta menghubungi segera talian Hotline JMG negeri yang boleh didapati di portal rasmi JMG Malaysia (www.jmg.gov.my) untuk mendapatkan maklumat lanjut atau memaklumkan sebarang tanda atau kejadian tanah runtuh yang berlaku,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, Jabatan Meterologi sebelum ini melaporkan Fasa Timur Laut sudah bermula pada 3 November lalu dan dijangka berterusan sehingga Mac tahun depan dengan beberapa siri hujan lebat secara menyeluruh akan berlaku di kebanyakan negeri dengan purata hujan di antara 50 milimeter (mm) hingga 850 mm.

Katanya, lebih 100 kejadian tanah runtuh direkodkan di Kuala Lumpur dan Selangor berpunca daripada curahan hujan berterusan yang berlaku pada 16 hingga 19 Disember lalu.

Berita berkaitan
Kemalangan van di Balik Pulau korbankan seorang warga Singapura
September 25, 2023· Isu semasa
MB Selangor dikecam depan-depan penduduk isu masalah selenggara pangsapuri
August 6, 2023· Politik
ECRL: Penduduk Tmn Sg Sireh resah, penjelasan MB tidak tuntas
July 28, 2023· Isu semasa
Pemuda PKR mengaku kritikal berdepan PRN enam negeri
March 18, 2023· Politik
Popular
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok