Penduduk Batu Pahat diminta berjaga-jaga hadapi banjir dan air pasang

March 10, 2023 · Isu semasa

Penduduk di daerah ini diminta berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan susulan banjir yang masih belum reda dan fenomena air pasang yang dijangka berlaku sehingga Ahad ini.

Berkemungkinan bencana banjir susulan boleh berlaku mengambil kira fenomena air pasang di Batu Pahat.

Pegawai Daerah Batu Pahat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana daerah Nasri Mohd Ali berkata situasi tersebut akan menyebabkan berlakunya peningkatan air di kawasan rendah di daerah itu terutamanya melibatkan kawasan Parit Raja dan Sri Medan, lapor Bernama.

“Dengan pertembungan situasi berkenaan dan pertambahan air dari empangan berhampiran daerah ini ia akan memberi kesan kepada kawasan yang rendah.

“Keadaan ini dijangka menyebabkan berlakunya peningkatan bilangan mangsa banjir di daerah ini walaupun keadaan cuaca ketika ini panas…penduduk diingatkan supaya berjaga-jaga dengan situasi
tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya, setakat 12 tengah hari tadi, seramai 38,135 orang daripada 10,683 keluarga ditempatkan di 111 pusat pemindahan sementara (PPS) di Batu Pahat.

Nasri berkata susulan peningkatan bilangan mangsa banjir di daerah itu, tiga institut pengajian tinggi awam (IPTA) telah digunakan untuk menempatkan mangsa banjir bermula semalam.

Sementara itu, menurut beliau situasi banjir di daerah ini belum dikategorikan sebagai ‘banjir termenung’ kerana aliran air masih mengalir dari Sungai Rengit dan Sungai Segamat serta air empangan berhampiran dibuka pada tahap minimum.

“Kami turut menerima cadangan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk mengepam (air) di kawasan tertentu, bagaimanapun ia tidak boleh dilakukan sehingga keadaan air stabil.

“Kami jangka empat hari atau seminggu akan datang (akan melakukan proses pam)…kita berdoa agar hujan berhenti supaya gerak kerja dapat dilakukan secepat mungkin,” katanya.

Berita berkaitan
Mangsa banjir Batu Pahat menurun tinggal 13,872 di PPS
23 jam lalu· Isu semasa
Isu banjir Johor, kita pun naik malu nak cakap: TMJ
March 13, 2023· Isu semasa
Masih ramai mangsa banjir ditempatkan di PPS tiga negeri
March 11, 2023· Isu semasa
Moratorium hingga enam bulan ditawar Bank Islam kepada mangsa banjir
March 8, 2023· Isu semasa
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
7 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
10 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
10 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
11 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
17 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok