Pembangkang masih berdegil, Speaker tolak usul bincang saham Azam

January 20, 2022 · Isu semasa

Sepatutnya sidang khas Sidang Parlimen hari ini membincangkan isu berhubung bencana banjir baru-baru ini, namun blok pembangkang masih cuba mempolemikkan isu berkaitan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Bagaimanapun, usaha pembangkang untuk mengemukakan usul tersebut ditolak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun serta-merta.

Terdahulu, pemimpin pembangkang mengadakan himpunan di luar Parlimen bagi menyatakan rasa tidak puas hati mereka bersabit isu melibatkan Azam.

Usul itu dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub, kepada Speaker Dewan Rakyat, semalam.

Azhar berkata, usul itu ditolak memandangkan agenda Mesyuarat Khas Penggal Keempat Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat, yang ditetapkan hari ini adalah berkaitan isu banjir.

“Hari ini agendanya banjir, bukan berkenaan rasuah. Saya akui terima usul tersebut sehari lepas dan saya sudah menjawab bahawa sidang khas ini dipanggil Perdana Menteri berdasarkan kuasa mutlak Perdana Menteri.

“Oleh sebab itu, saya tidak ada kuasa menentang atau menerima usul berkenaan. Kalau Yang Berhormat Pulai fokus, agenda ini ditetapkan Perdana Menteri.

“Sehingga hari ini, saya tidak mempunyai apa-apa notis dari Perdana Menteri (mengenai agenda lain), maka saya anggap usul itu dianggap tidak akan dimasukkan dalam agenda hari ini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beberapa Ahli Parlimen pembangkang iaitu Gobind Singh Deo (PH-Puchong) dan Nga Kor Ming (PH-Teluk Intan) kemudiannya bagun meminta perkara sama dibahaskan, namun Azahar kekal dengan keputusan untuk tidak menerima usul berkenaan.

Berita berkaitan
Ahli UMNO kena berlapang dada terima kehadiran PKR, DAP
1 jam lalu· Politik
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
8 jam lalu· Politik
C4 bidas PMX lagi lantik Azam Baki, tak faham kenapa masih disambung lantikan
June 3, 2023· Politik
Siasat Dr M guna Seksyen 124B tidak demokratik : Afif
June 3, 2023· Politik
Popular
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ekstradisi Jho Low rumit, mencabar : MCW
3 jam lalu · Isu semasa
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
7 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
9 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
9 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
16 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok