Pelantikan menteri hak prerogatif PM: Khairy ingatkan Wan Saiful

May 26, 2022 · Isu semasa

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengingatkan Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan bahawa pelantikan seseorang menteri adalah menjadi hak prerogatif Perdana Menteri (PM) sepertimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, beliau berkata hak PM tersebut perlu dihormati oleh semua pihak, termasuk siapa yang akan menggantikan tempat Datuk Zuraida Kamaruddin yang meletak jawatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

“Hak tersebut perlu dihormati semua pihak dan soal siapa yang akan menggantikan tempat Datuk Zuraida Kamaruddin perlu diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” katanya memetik laporan Utusan hari ini.

Beliau membidas kenyataan Wan Saiful yang menyatakan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menamakan calon yang sesuai dalam kalangan pemimpin parti itu bagi menggantikan tempat Zuraida.

Terdahulu, Wan Saiful berkata Muhyiddin akan menamakan calon baharu bagi mengisi kekosongan kerusi menteri daripada Bersatu setelah Zuraida menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Kekosongan ditinggalkan Zuraida adalah kuota menteri bagi Bersatu.

“Berkaitan Kabinet, Tan Sri Muhyiddin selaku Presiden Bersatu dan Pengerusi Perikatan Nasional akan menamakan calon yang sesuai dari kalangan pemimpin Bersatu,” kata Wan Saiful dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Khairy berkata PM sekarang adalah Ismail Sabri.

Justeru, kata Ahli Parlimen Rembau itu, mana-mana pihak tidak perlu memberikan tekanan kepada PM untuk melantik menteri baharu.

“Pelantikan menteri adalah prerogatif Perdana Menteri. Perdana Menteri sekarang adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Prerogatif PM mesti dihormati semua pihak.

“Tak perlu pihak lain memberi tekanan kepada PM. Biar pelantikan Menteri ditentukan oleh PM sahaja,” katanya.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok