Pelakon iklan kedua promosi judi raya ditangkap, dibayar RM200

April 18, 2021 · Isu semasa

Empat pelakon klip video kedua iklan raya yang mempromosi judi atas talian dikatakan diupah sebanyak RM200 tiap seorang.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, semua empat pelakon klip video kedua itu, termasuk seorang wanita sudah ditangkap semalam.

Memetik laporan mStar, semua pelakon itu ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan.

“Empat individu termasuk seorang wanita berumur antara 24 hingga 32 tahun kini direman selama dua hari bermula Ahad sehingga Isnin.

“Ia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana terbabit dalam sebaran video mempromosikan perjudian dalam talian, ” katanya.

Mohamad Zainal berkata, berdasarkan siasatan awal semua suspek menerima bayaran RM200 seorang.

“Difahamkan penggambaran video kedua ini diadakan di sekitar Ampang, Semenyih dan Hulu Langat pada Mac lalu,” katanya lagi.

Sejak Khamis sudah dua video iklan dengan tema sambutan Hari Raya tular di media sosial hingga mencetuskan kemarahan masyarakat.

Terdahulu satu laporan baharu polis dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani ketika mengesahkan perkara itu berkata beliau sudah mengarahkan satu laporan polis dibuat untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Sebelum ini, PDRM berjaya mengesan dan menahan lapan individu iaitu lima lelaki dan tiga wanita yang disyaki terlibat sebagai pelakon, ejen artis, juru video/kamera serta pengarah penggambaran, kilp video pertama iklan raya yang mempromosikan judi atas talian.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Benar ke Najib kontak rapat Covid-19, tapi kereta berderet depan rumah
December 7, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok