Pelabur lari tiap hari minggu lalu, tak yakin pentadbiran PH-BN

March 13, 2023 · Isu semasa

Pelabur dilihat mula hilang kepercayaan terhadap pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN), apabila setiap hari pada minggu dagangan lalu, terus meninggalkan pasaran ekuiti Malaysia.

Suhu politik negara meningkat susulan beberapa tindakan yang diambil terhadap pembangkang dengan pemerhati melihat ia satu tindakan bermotif politik dan secara tidak langsung memberi kesan kepada keyakinan pelabur.

Menurut laporan yang dikeluarkan Bernama, pelabur asing terus meninggalkan pasaran ekuiti Malaysia dengan merekodkan jualan bersih sebanyak RM556.9 juta minggu lalu, 64 peratus lebih tinggi berbanding jumlah jualan bersih pada minggu berakhir 3 Mac 2023

Bernama memetik kenyataan MIDF MIDF Research bahawa pelabur asing melakukan jualan bersih hampir setiap hari dagangan pada minggu urus niaga berkenaan.

“Jualan paling tinggi adalah pada hari Isnin berjumlah RM183.1 juta dan kemudiannya menyederhana kepada RM58.2 juta pada Khamis,” katanya dalam laporan aliran dana mingguan, hari ini.

Bagaimanapun, MIDF Research berkata ia meningkat semula pada hari Jumaat, merekodkan aliran keluar bersih berjumlah RM140.1 juta.

Setakat tahun ini, jumlah jualan bersih ekuiti domestik oleh pelabur asing bernilai RM1.24 bilion.

“Sektor yang menyaksikan aliran masuk asing bersih ialah pembinaan (RM67.9 juta), teknologi (RM13.2 juta) serta pengangkutan dan logistik (RM7.8 juta), manakala sektor yang mencatatkan aliran keluar asing bersih ialah perkhidmatan kewangan (-RM359 .5 juta), produk dan perkhidmatan industri (-RM90.3 juta) dan produk dan perkhidmatan pengguna (-RM63.5 juta),” katanya.

Sementara itu, ia berkata institusi tempatan telah membeli ekuiti domestik bersih untuk minggu kedua berturut-turut dengan merekodkan sejumlah RM461.3 juta, kira-kira 56 peratus lebih tinggi daripada jumlah belian mereka pada dua minggu lalu.

“Setiap hari dagangan minggu lalu adalah kegiatan belian bersih oleh institusi tempatan, dengan aliran masuk paling banyak dicatatkan pada Isnin berjumlah RM161.1 juta,” katanya.

Setakat tahun ini, firma penyelidikan itu berkata institusi tempatan telah membeli bersih ekuiti domestik bernilai RM1.2 bilion.

“Peruncit tempatan terus menjadi pembeli bersih untuk minggu ketiga berturut-turut membabitkan sejumlah RM95.6 juta dan setiap hari dagangan adalah hari belian bersih oleh mereka, kecuali Selasa dengan aliran keluar bersih RM4.4 juta,” katanya.

Setakat tahun ini, MIDF Research berkata peruncit tempatan merupakan pembeli bersih dengan mencatatkan RM44.5 juta.

Dari segi penyertaan, ia menambah terdapat penurunan dalam purata jumlah dagangan harian dalam kalangan peruncit tempatan (-3.5 peratus), institusi tempatan (-14.7 peratus) dan pelabur asing (-33.1 peratus).

Sementara itu, Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun untuk dibuka lebih rendah secara meluas pada pagi urus niaga Isnin dengan peserta pasaran dilihat memantau dengan teliti keadaan semasa serta sebarang potensi risiko penurunan kepada situasi kewangan berikutan krisis Silicon Valley Bank (SVB).

Pada 9.10 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 19.08 mata kepada 1,414.00 daripada 1,433.08 pada penutup Jumaat.

Indeks utama dibuka 13.66 mata lebih rendah kepada 1,419.42.

Berita berkaitan
Anwar yakin dapat kembali sokongan orang muda hasil kerjasama dengan UMNO
March 18, 2023· Politik
Bursa dibuka rendah, kesan penjualan peringkat global
March 16, 2023· Isu semasa
Bursa ditutup rendah lagi hari ini
March 13, 2023· Isu semasa
Ringgit, pasaran Bursa ditutup rendah selepas pendakwaan bermotif politik
March 10, 2023· Isu semasa
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
6 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
9 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
9 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
11 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
16 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok