Pekerja perancah besi runtuh meninggal dunia

June 20, 2021 · Isu semasa

Seorang pekerja warga Bangladesh yang cedera dalam kejadian perancah besi runtuh di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) semalam, meninggal dunia, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata mangsa berusia 43 tahun meninggal dunia pada jam 7 pagi tadi di Wad Kecemasan Hospital Sungai Buloh (HSB).

“Bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat trauma pelbagai dan kegagalan fungsi pelbagai organ akibat serangan jantung.

“Mangsa mengalami kecederaan serius dalam kejadian itu akibat dihempap perancah besi yang runtuh dan keadaannya dilaporkan kritikal ketika dirawat di HSB, semalam,” katanya menurut laporan BH hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.10 malam itu, dua pekerja warga Bangladesh cedera apabila perancah besi di tapak pembinaan DASH berhampiran susur keluar Kota Damansara, runtuh.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, semalam dipetik sebagai berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 7.14 malam.

Katanya, kedua-dua mangsa berusia dalam lingkungan 20-an dan 40-an sedang bekerja di bawah tapak pembinaan setinggi 12 meter ketika insiden itu berlaku.

Bagaimanapun tiada orang awam cedera dalam kejadian itu kerana laluan berkenaan ditutup sepenuhnya bagi menjalankan kerja berkenaan.

Berita berkaitan
Kenderaan dijangka meningkat di lebuh raya utama menjelang Deepavali
November 11, 2023· Isu semasa
Dijangka 1.9 juta kenderaan pulang ke kampung sempena PRN
August 10, 2023· Isu semasa
Trafik sesak di lebuh raya utama
May 1, 2023· Isu semasa
Aliran trafik di lebuh raya utama malam ini perlahan, lapor LLM
April 23, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
MB Perlis cerai isteri talak satu
August 25, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Benar ke Najib kontak rapat Covid-19, tapi kereta berderet depan rumah
December 7, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok