Aliran trafik di lebuh raya utama malam ini perlahan, lapor LLM

April 23, 2023 · Isu semasa

Aliran trafik masih tinggi dan bergerak perlahan di lokasi lebuh raya utama setakat jam 9.10 malam ini (23 April 2023), berikutan pertambahan kenderaan sempena hari kedua sambutan Aidilfitri.

Jurucakap Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) berkata trafik bergerak perlahan di Lebuh Raya Utara Selatan arah utara Bidor ke Tapah, Tapah ke Simpang Pulai, Ipoh (U) ke Bukit Gantang, Bukit Merah ke Bandar Cassia dan Bukit Tambun ke Juru.

“Trafik juga perlahan arah utara dari Yong Peng ke Pagoh, Hentian Tangkak ke Tangkak, Jasin ke Ayer Keroh, Restoran Jejantas Ayer Keroh ke Simpang Ampat dan Pedas Linggi ke Seremban,” katanya menurut BH.

Katanya, trafik bergerak lebuh raya sama arah selatan membabitkan Jitra (S) ke Hutan Kampung, Kubang Pasu ke Gurun, Gurun ke Sungai Petani (U), Permatang Pauh ke Perai, Changkat Jering ke Terowong Menora dan Sungkai ke Slim River.

Selain itu, katanya, trafik juga bergerak perlahan arah ibu negara di Lebuh Raya KL-Karak di antara Genting Sempah ke Gombak.

“Pastikan baki kad dan TnG e-Wallet anda mencukupi sebelum memasuki lebuh raya bagi mengelakkan bertambah sesak.

“Tol percuma hanya akan kembali pada 24 April 2023,” katanya.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Aliran trafik di lebuh raya utama bergerak perlahan
November 13, 2023· Isu semasa
Kenderaan dijangka meningkat di lebuh raya utama menjelang Deepavali
November 11, 2023· Isu semasa
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
September 20, 2023· Isu semasa
Popular
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Guan Eng kena kecam isu kaum lain jadi PM Malaysia
October 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok