Peguam Najib beritahu anak guamnya dijanjikan hadiah wang tunai RM1.17 bilion

October 3, 2022 · Isu semasa

Sebanyak wang tunai RM1.17 bilion dijanjikan kerabat diraja Arab Saudi yang juga bekas Gabenor Provinsi Madinah, Abdulaziz bin Majid Al Saud diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak sebagai hadiah.

Peguam bela Najib, Wan Aizuddin Wan Mohameed memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pemberian hadiah wang tunai RM1.17 bilion adalah sebagai menghargai bekas Perdana Menteri bergelar banduan tersebut sebagai menghargai peranannya selaku pemimpin Islam moden.

Perbicaraan Najib melibatkan penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bersambung hari ini.

Menurut Wan Aizuddin, surat pertama bertarikh 1 November 2011, menyatakan Abdulaziz berhasrat menghadiahkan wang tunai berjumlah AS$375 juta yang akan disalurkan daripada akaun peribadinya (Abdulaziz) melalui akaun syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners Limited.

Surat kedua pula yang bertarikh 1 Mac 2013 menyebut Abdulaziz akan menghadiahkan AS$800 juta daripada akaun peribadinya melalui akaun syarikat Tanore Finance Corp.

Laporan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) sebelum ini menyatakan Blackstone adalah syarikat yang dikaitkan dengan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, manakala Tanore dikawal ahli perniagaan Eric Tan Kim Loong yang juga sekutu Jho Low.

Wan Aizuddin mengemukakan surat berkenaan ketika menyoal saksi ke-38 pendakwaan, iaitu Ketua Pasaran Modal Perbankan Persendirian AmBank, Yap Wai Keat.

Menurut surat terbabit, Abdulaziz tidak mengharapkan sebarang faedah peribadi, sama ada secara langsung atau sebaliknya terhadap hadiah yang diberikan dan ia tidak boleh ditafsir sebagai rasuah kerana bercanggah dengan hukum Islam.

Ia turut menyatakan, wang berkenaan hanya hadiah dan akan dimasukkan ke dalam akaun Najib pada bila-bila masa yang bersesuaian dan Najib mempunyai budi bicara untuk menentukan bagaimana ia akan digunakan.

Berdasarkan kepada borang pengiriman wang ke dalam akaun Najib, saksi bersetuju dengan peguam bahawa AS$680 juta yang dimasukkan ke dalam akaun terbabit boleh meliputi jumlah AS800 juta yang dinyatakan dalam surat Abdulaziz.

Disoal Wan Aizuddin, sama ada pernah melihat kedua-dua surat itu, Wai Keat berkata, beliau tidak dapat mengingatinya, bagaimanapun ada kemungkinan Pengurus Perhubungan Ambank ketika itu, Joanna Yu, menunjukkan kepadanya.

Katanya, Joanna mungkin memberitahunya urus niaga transaksi itu adalah hadiah, di mana ada surat yang disertakan bersama.

Bagaimanapun katanya, beliau tidak boleh mengesahkan dengan pasti bahawa transaksi itu adalah hadiah daripada Abdulaziz kerana hanya bertanggungjawab untuk menukarkan dana yang masuk ke dalam akaun kepada matawang ringgit.

Minggu lalu, pembelaan turut mengemukakan surat daripada Abdulaziz yang menyatakan bahawa wang tunai berjumlah AS$100 juta dihadiahkan kepada Najib sebagai menghargai sumbangannya kepada dunia Islam.

Berita berkaitan
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
6 minit lalu· Isu semasa
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
11 jam lalu· Politik
Jho Low dijatuhi hukuman penjara di mahkamah Kuwait
March 29, 2023· Isu semasa
Najib diberi pelepasan terima rawatan di HKL, kata Saifuddin
March 22, 2023· Isu semasa
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
KWSP: Seorang pencarum berjalan dari Johor ke Istana Negara tuntut pengeluaran
March 29, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
3 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
3 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
3 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
3 jam lalu · Isu semasa
RM420 juta belanja enam PRN
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok