Pasaran saham dibuka rendah pada sesi awal

March 8, 2023 · Isu semasa

Bursa Malaysia dibuka lebih rendah hari ini, mengambil petunjuk daripada prestasi lemah semalaman Wall Street.

Berbanding penutupan semalam berada pada paras 1,458.67, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.87 mata kepada 1,453.80.

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan negatif, menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung 266 berbalas 74, manakala 206 kaunter tidak berubah, 1,697 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 144.52 juta unit bernilai RM61.02 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng, Wall Street ditutup dengan lebih rendah selepas pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (FED) Jerome Powell mencadangkan bahawa kadar faedah perlu lebih tinggi dan lama pada Laporan Kewangan Separuh Tahun Persekutuan kepada Kongres AS, lapor wartawan Bernama.

Kenyataan yang lebih berpihak kepada menaikkan kadar faedah itu telah mencetuskan kebimbangan akan kenaikan kadar yang lebih besar pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan yang akan datang pada 21-22 Mac.

“Kami menjangkakan beberapa halangan di pasaran hari ini berikutan ulasan kadar oleh Rizab Persekutuan dan menjangkakan indeks bergerak dalam julat 1,450-1,460 di tengah-tengah kelemahan serantau,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi Bursa – Tenaga merosot dua sen kepada RM9.36, Hong Leong Bank turun enam sen kepada RM20.50, Petronas Chemicals dan Telekom turun tiga sen masing -masing mencatatkan RM7.21 dan RM4.92, manakala Nestle tidak berubah pada RM135.

Bagi saham aktif, Kejuruteraan Asastera, Advance Synergy dan Perdana Petroleum turun setengah-sen, masing-masing pada 33 sen, 13.5 sen dan 20 sen, Icon Offshore susut satu sen menjadi 8.5 sen, manakala YBS international memperoleh 1.5 sen kepada 61.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM EMAS menguncup 37.45 mata kepada 10,593.91, indeks FBM 70 jatuh 45.39 mata menjadi 13,453.56 dan indeks FBMT 100 merosot 34.47 mata kepada 10,272.38, Indeks FBM Emas Syariah lebih rendah 45.60 mata kepada 10,853.86 dan Indeks FBM ACE berkurangan 32.88 mata kepada 5,453.61.

Mengikut sektor, indeks perkhidmatan kewangan berkurangan 34.23 mata kepada 16,082.05, Indeks Perladangan menyusut 74.50 mata kepada 6,935.50, dan Indeks Tenaga lebih rendah 12.62 mata kepada 882.70, manakala Indeks Perindustrian dan Perkhidmatan Indeks menguncup 0.29 mata kepada 177.52.

Berita berkaitan
Bursa ditutup rendah lagi hari ini
March 13, 2023· Isu semasa
Bursa Malaysia jatuh menghampiri paras terendah tiga tahun lalu
March 10, 2023· Isu semasa
Selepas Bajet dibentang, nilai ringgit semakin melemah
February 28, 2023· Isu semasa
Untung Petronas Dagangan naik RM776.60 juta pada 2022
February 23, 2023· Isu semasa
Popular
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Ringgit lebih rendah berbanding baht Thailand, rupiah Indonesia
March 16, 2023
Wan Saiful pertimbang representasi tuduhan rasuah kepada AGC
March 22, 2023
Mayat wanita dalam kereta hanyut semasa banjir ditemui di Mersing
March 7, 2023
Lagi Isu semasa terkini
AGC tak tahu jika Rohana pulangkan AS$10 juta terkait 1MDB
1 jam lalu · Isu semasa
Rakyat makin hilang suara bawah kerajaan PH-BN: Wan Saiful
2 jam lalu · Isu semasa
Hakim baharu ketuai kes Rosmah
2 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin ucap selamat berpuasa
19 jam lalu · Isu semasa
Umat Islam mula puasa esok
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
24 jam lalu
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok