Pasaran saham ditutup rendah, prestasi pasaran bercampur-campur

October 30, 2023 · Isu semasa

Bursa Malaysia mengakhiri dagangan lebih rendah pada Isnin dalam persekitaran prestasi pasaran serantau yang bercampur-campur, kata peniaga.

Pada 5 petang, indeks petunjuk FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.70 mata kepada 1,439.20 daripada 1,441.90 yang dicatatkan pada Jumaat lepas, menurut laporan Bernama.

Indeks penanda aras itu yang dibuka susut 1.86 mata kepada 1,440.04 dan bergerak dalam jajaran 1,436.98 hingga 1,441.80 sepanjang dagangan hari ini.

Di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 624 berbanding 238 manakala 416 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,114 tidak diniagakan manakala 76 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 20.80 bilion unit bernilai RM1.51 bilion daripada 2.72 bilion unit bernilai RM1.69 bilion pada Jumaat.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks utama serantau ditutup bercampur-campur dalam sentimen berhati-hati ketara ketika pelabur bersedia menghadapi minggu sarat data dengan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) menjadi tumpuan susulan mesyuarat dasarnya pada minggu ini.

Beliau berkata, pasaran Jepun berdepan tekanan ketara akibat ketidaktentuan membabitkan mesyuarat Bank Jepun.

Selain itu, minat risiko kekal suram susulan peningkatan serangan Israel di Gaza pada hujung minggu lepas.

“Kami menasihatkan pelabur kekal berwaspada berikutan penularan ketidaktentuan global yang ketara.

“Walaupun penilaian terhadap indeks penanda aras itu kurang memberangsangkan, kami menjangkakan aktiviti memburu saham berharga rendah dijangka berlaku tidak lama lagi,” katanya kepada Bernama.

Thong berkata firma pembrokeran itu juga mengunjurkan bahawa FBM KLCI akan kekal dalam mod konsolidasi pada masa ini dengan aliran dalam julat 1,430 hingga 1,450 minggu ini manakala rintangan serta-merta pada 1,445 dan sokongan pada paras 1,430,” katanya kepada Bernama.

Saham wajaran tinggi menyaksikan PPB turun 32 sen kepada RM15.12, Axiata susut lima sen kepada RM2.26, Nestle berkurangan RM1.40 kepada RM124.50, Petronas Gas rugi 14 sen kepada RM17.02 manakala Maybank berkurangan satu sen kepada RM8.99.

Bagi saham aktif, Classita dan Kanger tidak berubah pada 6.5 sen dan 13.5 sen manakala Sarawak Consolidated menambah 1.5 sen kepada 55.5 sen, Widad dan MQ Technology masing-masing menokok setengah sen kepada 45 sen dan tiga sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas susut 34.68 mata kepada 10,599.32, Indeks FBMT 100 turun 31.22 mata pada 10,275.78 manakala Indeks FBM Emas berkurangan 44.18 mata kepada 10,801.94.

Indeks FBM ACE turun 32.67 mata kepada 5,005.60 manakala Indeks FBM 70 berkurangan 94.72 mata kepada 13,902.98.

Prestasi sektor menyaksikan Indeks Produk dan Perkhidmatan Pengguna berkurangan 2.37 mata kepada 551.13, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.61 mata kepada 172.12, Indeks Tenaga turun 10.94 mata kepada 863.64 dan manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan menguncup 21.17 mata kepada 16,212.20.

Indeks Perladangan bagaimanapun naik 9.83 mata kepada 6,898.68.

Selain itu, jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat pada 1.72 bilion unit bernilai RM1.28 bilion berbanding 1.68 bilion unit bernilai RM1.46 bilion pada Jumaat.

Jumlah waran berkurangan kepada 352.09 juta unit bernilai RM50.06 juta berbanding 406.73 juta unit bernilai RM66.54 juta sebelum ini.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan meningkat kepada 726.30 juta saham bernilai RM185.26 juta daripada 620.01 juta saham bernilai RM164.01 juta pada Jumaat.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 458.95 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (371.39 juta); pembinaan (142.11 juta); teknologi (174.48 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (41.13 juta); hartanah (200.34 juta); perladangan (19.70 juta); REIT (11.26 juta), dana tertutup (16,600); tenaga (119.08 juta); penjagaan kesihatan (74.27 juta); telekomunikasi dan media (23.77 juta); pengangkutan dan logistik (49.18 juta) serta utiliti (35.50 juta).

Berita berkaitan
Bencana kepala air: Jalan pintasan Bukit Tinggi, Jalan Lama Gombak-Bentong ditutup
November 26, 2023· Isu semasa
Bursa dibuka rendah menjelang keputusan mesyuarat rizab AS
November 1, 2023· Isu semasa
Ringgit jatuh mencecah paras RM4.80 berbanding dolar, terburuk sejak 25 tahun
October 23, 2023· Isu semasa
Menjelang pembentangan Bajet 2024, Bursa kekal rendah pada tengahari
October 13, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jutawan rakan baik Anwar beli saham rangkaian hotel terkait Zahid
July 6, 2021
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
17 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023 · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023 · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok