Padah guna nombor plat JANDA

May 28, 2022 · Isu semasa

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Sibu menahan seorang remaja dan menyita sebuah motosikal kerana menggunakan nombor pendaftaran ‘JANDA’.

Remaja itu ditahan ketika anggota polis trafik melakukan rondaan di sekitar bandar Sibu semalam.

Dalam satu kenyataan IPD Sibu memaklumkan anggota polis menahan remaja terbabit sebelum dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

“Semasa membuat rondaan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sibu telah menahan sebuah motosikal yang mencurigakan di Lorong Lanang 4.

“Penunggang motosikal tersebut ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan mempamerkan nombor pendaftaran palsu dan telah di bawa ke Balai Polis Trafik,” kata kenyataan itu.

Kesalahan disiasat mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 dan dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya terutamanya ketika musim perayaan.

Berita berkaitan
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
September 20, 2023· Isu semasa
Rayuan pemuda bakar sekolah tahfiz ditolak mahkamah
September 11, 2023· Uncategorized
Remaja, kanak-kanak jadi mangsa vape?
June 28, 2023· Isu semasa
Popular
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok