PAC masih perlu dapatkan kebenaran JPM bagi nyahklasifikasi laporan ‘land swap’

June 19, 2023 · Isu semasa

Kebenaran daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) diperlukan untuk dinyahklasifikasi laporan projek kontroversi ‘land swap’ atau penswastaan untuk memajukan tanah membabitkan Kementerian Pertahanan, kata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, laporan ’land swap’ Kementerian Pertahanan itu masih diklasifikasikan sebagai dokumen di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan memerlukan kebenaran kerajaan untuk sebarang tindakan selanjutnya.

‘Land Swap’ adalah projek kerajaan yang dibina dan disiapkan oleh dana pemaju swasta dan sebagai balasan kerajaan akan membuat bayaran balik secara tanah ganti atau bayaran ansuran secara pajakan tanah.

Katanya, Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) terletak di bawah JPM dan selepas ia dibubarkan semua laporannya diserahkan kepada JPM.

“Disebabkan itu laporan ini bukan milik Kementerian Pertahanan kerana ia diklasifikasikan sebagai OSA oleh JKSTUPKK di bawah JPM bukan kementerian berkenaan.

“Buktinya, apabila PAC Penggal Parlimen ke-14 memohon supaya laporan JKSTUPKK berhubung Perolehan Projek Pembinaan Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS) dan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), jabatan yang menyahklasifikasi kedua-dua laporan ini ialah JPM bukan Kementerian Pertahanan atau Kementerian Pengangkutan, walapun kedua-dua isu ini bukan di bawah JPM,” menurut laporan BH.

Terdahulu, Mas Ermieyati berkata kerajaan perlu menyahklasifikasi laporan projek kontroversi ‘land swap’ membabitkan tanah milik Kementerian Pertahanan supaya pihaknya dapat meneliti semula isu berkenaan.

Beliau berkata, laporan ‘land swap’ itu satu-satunya dokumen yang belum dinyahklasifikasi, daripada tiga laporan siasatan dijalankan JKSTUPKK yang dibubarkan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika diminta mengulas pula berkata, laporan itu sudah dinyahsulit supaya semua pihak tahu mengenai kerugian dan bayaran yang ditanggung oleh kerajaan.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata, beliau juga sudah memohon surat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said Rabu lalu, supaya laporan berkenaan dinyahklasifikasi.

“Ini adalah proses dan prosedurnya dan PAC sentiasa menghormati kedaulatan undang-undang, tambahan pula jawatankuasa ini adalah Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat dan saya mahu semua proses dan prosedur dipatuhi bagi mengelak perkara berbangkit pada masa depan.

“Bagaimanapun PAC menyambut baik kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hassan bahawa kementeriannya sudah menyahklasifikasi milik JKSTUPKK,” katanya lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah, berkata walaupun PAC ada menyimpan laporan itu tetapi sekiranya kerajaan membenarkan ia dinyahklasifikasi, PAC akan memuat naik laporan itu di laman web PAC.

“Malah selepas ia dinyahklasifikasi barulah PAC akan membuat keputusan sama ada prosiding berhubung tukaran tanah MINDEF ini akan diadakan atau tidak,” katanya.

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
PAC akan mula prosiding berhubung Pengurusan Dana HRD Corp pada Isnin
October 19, 2023· Isu semasa
Perbahasan Bajet 2024 tergendala selepas kurang Ahli Parlimen dalam dewan
October 19, 2023· Politik
Selepas pendedahan PAC, MINDEF nafi AGC tak dilibatkan dalam perjanjian LCS
October 10, 2023· Isu semasa
Popular
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Letak jawatan jika tak sebulu dengan kerajaan, kata Hadi Awang
May 10, 2021
Hampir 16,000 anggota agensi bencana siap sedia di Selangor
September 28, 2022
Rakyat tertekan berdepan peningkatan kos sara hidup
July 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok