Noraini diam isu WhatsApp ‘arahan Zahid bawa pemimpin DAP’

Ahli Parlimen Bangi yang juga salah seorang pemimpin DAP, Ong Kian Ming turut hadir pada program bantuan makanan dan pemberian duit raya Menteri Pengajian Tinggi, yang juga Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad dengan pelajar universiti 13 Mei lalu. - Gambar Facebook Dato' Dr. Noraini Ahmad

Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Noraini Ahmad masih ‘berdiam diri’ berhubung tangkap layar WhatsApp yang memaparkan gambar beliau bersama Ahli Parlimen DAP Bangi, Ong Kian Ming melawat seorang mahasiswa yang menghidap kanser baru-baru ini.

Gambar berkenaan kemudian dimuat naik ke dalam kumpulan WhatsApp ‘MT UMNO DULU, KINI, SELAMANYA’ dengan perbualan merujuk kepada ‘arahan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya pimpinan UMNO untuk turut menjemput wakil DAP dalam setiap program anjuran parti itu.’

Noraini dan Kian Ming bukan sahaja melawat mahasiswa yang menghidap kanser itu pada 13 Mei lalu, tetapi turut bersama dalam program menemui mahasiswa universiti yang tidak pulang ke kampung, selain memberi bantuan makanan dan duit raya.

Agenda Daily semalam melaporkan satu tangkap layar WhatsApp yang tular mendakwa wujud perbualan antara pemimpin UMNO menerima arahan daripada Zahid yang mengarahkan supaya pemimpin DAP dijemput bersama dalam program UMNO.

Zahid mendakwa beliau difitnah berhubung arahan itu.

Ahli Parlimen Bangi daripada DAP, Ong Kian Ming turut hadir pada program Ketua Wanita UMNO yang juga Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad menyampaikan bantuan kepada mahasiswa universiti pada 13 Mei lalu. – Gambar Facebook Dato’ Dr. Noraini Ahmad

Sehingga berita ini ditulis Noraini yang juga Menteri Pengajian Tinggi belum memberi penjelasan berhubung dakwaan membawa bersama pemimpin DAP itu dalam program berkenaan.

Tindakan beliau berdiam diri setelah gambarnya bersama pemimpin DAP itu digunakan di dalam kumpulan WhatsApp itu menyebabkan timbul tanda tanya mengenai kebenaran ‘arahan’ Zahid, walaupun Presiden UMNO itu menafikannya.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Zahid menafikan dakwaan yang mengaitkan beliau. Sebelum ini, wujud dakwaan beliau mahu membawa UMNO bekerjasama dengan PKR, tetapi Zahid menafikannya.

Zahid juga pernah menafikan beliau berbual menerusi telefon dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Perhimpunan Agung UMNO 2020 pada hujung Mac lalu. Audio perbualan itu tular di media sosial, beberapa pemimpin UMNO mengesahkan itu adalah suara Zahid dan Anwar.

Zahid berdepan 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi. Pertuduhan ini juga dinafikan oleh Zahid dengan dakwaan semuanya bermotifkan politik.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 28 hingga 30 Jun serta 1 dan 2 Julai untuk kedua-dua pihak berhujah secara lisan sebelum mahkamah memutuskan sama ada membebaskan Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan itu atau memerintahkannya membela diri.

Ketua Wanita UMNO yang juga Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata sesuatu kepada pelajar universiti yang tidak pulang ke kampung sempena Aidilfitri, sambil diperhatikan Ahli Parlimen Bangi daripada DAP, Ong Kian Ming, 13 Mei lalu. – Gambar Facebook Dato’ Dr. Noraini Ahmad

POPULAR
Kes penghantar makanan pukul pelanggan hina Islam, 6 ditahanJune 12, 2021
LHDN tunggu Najib bayar cukai selama 8 bulan sebelum isytihar bankrapJune 11, 2021
Cemas tertukar bayi di hospitalJune 13, 2021
Lebih 4.2 juta sudah terima vaksin Covid-19, kata Menteri KesihatanJune 12, 2021
5,793 kes baharu hari iniJune 12, 2021
Tempoh darurat: Kerajaan ambil kira rakyat sebelum nasihat AgongJune 12, 2021