Nilai ringgit dijangka terus melemah selepas AS naikkan kadar faedah

September 17, 2022 · Isu semasa

Ringgit dijangka terus melemah pada minggu hadapan berbanding dolar US pada jajaran 4.50 hingga 4.60 susulan kekurangan pemangkin dan menjelang pengumuman keputusan bank pusat Amerika Syarikat (AS) mengenai kadar faedah, menurut seorang penganalisis.

Selain kebimbangan inflasi yang semakin meningkat termasuk dalam ekonomi pasaran yang sedang pesat membangun (EM), pelabur menangguhkan minat belian mereka terhadap aset EM dan akan kekal fokus kepada aset selamat seperti dolar US, menurut laporan Bernama.

Jangkaan satu lagi kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada minggu hadapan turut memberi kesan kepada ringgit.

“Ringgit memerlukan rangsangan baharu untuk menarik minat belian daripada pelabur tetapi sekarang, kami berpendapat pelabur mungkin mengambil pendekatan tunggu dan lihat terhadap ringgit sehingga pembentangan Bajet 2023 yang dijadualkan pada 7 Okt ini.

“(Bagaimanapun,) ekonomi Malaysia masih berjalan dengan baik, memandangkan asas yang kukuh termasuk tahap hutang masih boleh diurus,” katanya kepada Bernama.

Sepanjang minggu ini, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam hantaran di media sosialnya berkata Malaysia tidak mengalami krisis ekonomi hanya kerana ringgit diniagakan pada paras rendah berbanding dolar US.

Beliau menjelaskan prestasi ringgit perlu dilihat secara holistik, bukan hanya sekadar perbandingan dengan dolar US, memandangkan mata wang tempatan telah mengukuh berbanding mata wang lain.

Tengku Zafrul juga menegaskan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) tidak pernah menyatakan bahawa Malaysia mempunyai masalah ekonomi yang akan menyebabkan negara bankrap, sebaliknya yakin dengan prospek pertumbuhan negara.

Sementara itu, ringgit mencecah paras terendah baharu pada Khamis lepas, diniagakan pada 4.5340/5365 berbanding dolar US sejak Krisis Kewangan Asia daripada 4.4965/4990 semasa penutupan Jumaat sebelumnya.

Bagi minggu dagangan yang singkat, mata wang tempatan juga diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding pound British kepada 5.2214/2242 daripada 5.2249/2278 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.5317/5342 daripada 4.5361/5386.

Ringgit menokok berbanding yen Jepun kepada 3.1647/1666 daripada 3.1670/1690 tetapi susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2238/2261 daripada 3.2189/2209 yang dicatatkan semasa minggu sebelum ini.

Pasaran ditutup pada Jumaat untuk sambutan Hari Malaysia.

Berita berkaitan
Ringgit kembali susut berbanding dolar, dibuka paras RM4.68
November 23, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.72 berbanding dolar, kembali menyusut
November 10, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.72 untuk seminggu ini, kekal rendah lagi
November 4, 2023· Isu semasa
Walaupun ringgit jatuh, Anwar kata ekonomi negara masih berdaya saing
November 2, 2023· Isu semasa
Popular
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Selamat tinggal dunia mak nyah, luahan Cikgu Erin
October 19, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
14 jam lalu · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
14 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
22 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
22 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
5 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok