Najib terus tuding jari ke arah mahkamah enggan terima bukti baharu

January 16, 2022 · Isu semasa

Datuk Seri Najib Razak terus menuding jari ke arah mahkamah susulan keengganan hakim untuk menerima bukti baharu, selain mengulangi bahawa beliau tidak pernah didakwa atas kesalahan mencuri atau merompak.

Bekas Perdana Menteri tu mendakwa beliau dihukum atas dakwaan salah guna kuasa kerana terlibat dalam mesyuarat Kabinet yang meluluskan jaminan kerajaan kepada SRC International Sdn Bhd (SRC) pada tahun 2011.

“Ianya bukan saya yang mengesyorkan ataupun mengemukkan kertas Kabinet tersebut.

“Namun bulan lalu, satu dokumen 14 halaman yang disyaki adalah kertas siasatan rasmi SRPM memberitahu bahawa bekas menteri Kabinet yang mengesyorkan dan mengusulkan kertas Kabinet tersebut telah menerima sebanyak RM85 juta dari Jho Low pada tahun 2019 untuk disimpan dalam akaun proksinya di Singapura.

“Bagaimanapun hakim tidak mahu terima bukti baharu ini walaupun ianya membabitkan saksi pendakwaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Malah untuk menguatkan alasan bahawa beliau tidak mencuri, Najib mempersoalkan apakah barang yang dibelinya dangan hasil curian itu.

“Kenapa pula saya nak curi RM42 juta sekiranya yang RM642 juta pula yang saya boleh guna bagi peribadi sendiri, saya juga belanja untuk CSR dan sedekah?,” katanya sambil mempertahankan bahawa perbicaraan mahkamah juga telah membuktikan bahawa sekurang-kurangnya RM642 juta adalah kemasukan dana daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi yang juga saya telah gunakan untuk kerja CSR dan sedekah.

Untuk rekod, ketika perbicaraan berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini, saksi pendakwaan memberitahu berlaku transaksi bernilai RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta, bermula 26 Disember 2014 dan 10 Februari 2015, di dalam akaun Najib.

Pada 28 Julai 2020, Ahli Parlimen Pekan itu telah dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC.

Pada 8 Disember lalu, ketika menolak permohonan bekas Presiden UMNO untuk membatalkan hukuman dan denda itu, Mahkamah Rayuan berkata Najib tidak mengembalikan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd yang dikreditkan secara salah ke akaunnya, sebaliknya telah menggunakannya.

Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil berkata perkara lazim bagi mana-mana pemegang akaun yang tersilap atau tidak sengaja menerima dana ke dalam akaunnya adalah untuk memulangkannya dan membetulkan kesilapan itu, tetapi Najib tidak melakukan sedemikian apabila RM42 juta itu dipindahkan ke akaunnya.

Dalam penghakiman ringkas setebal 54 muka surat itu, hakim berkata Najib tidak pernah membuat aduan dengan pihak bank apabila dana itu dikreditkan secara salah ke akaunnya tetapi beliau agak berpuas hati apabila menerimanya dan menggunakan dana itu sesuka hatinya.

Mahkamah Rayuan juga bersetuju dengan penemuan hakim perbicaraan, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bahawa bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan jelas menunjukkan bahawa pergerakan RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta daripada akaun bank SRC adalah tindakan penyalahgunaan yang tidak jujur.

Mengulas lanjut, Najib turut menyalahkan bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang tidak memantau akaun beliau pada 2010 untuk memastikan tiada masalah dengan dana yang masuk ke akaunnya.

“Lagi malang ialah SPRM telah mengesahkan keluarga bekas gabenor tersebut telah lama berususan dan menerima dana sebanyak RM700 juta dari Jho Low sejak tahun 2017 hingga ke tahun 2013 termasuk sumber dana dari 1MDB.

“Sebanyak RM65 juta baki dari dana tersebut yang disembunyi oleh keluarganya di Singapura turut dikembalikan ke Malaysia – seperti didedah kenyataan SPRM baru-baru ini pada bulan September 2021,” kata Ahli Parlimen Pekan itu.

Dalam hal itu, Najib sekali lagi mengulangi bahawa “Bagaimanapun, hakim sekali lagi tidak mahu terima bukti baharu ini walaupun ianya membabitkan saksi pendakwaan.”

Berita berkaitan
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Saksi beritahu Najib terima RM2.08 bilion wang haram daripada Tanore
October 12, 2023· Politik
1 sen pun keluarga tidak terima wang 1MDB : Zeti
July 27, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
MB Perlis cerai isteri talak satu
August 25, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Benar ke Najib kontak rapat Covid-19, tapi kereta berderet depan rumah
December 7, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok