Najib keluar 46 cek RM10.3 juta pada 2011, pemimpin politik antara penerima: Saksi

September 12, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 46 cek berjumlah RM10.3 juta dikeluarkan Datuk Seri Najib Razak sekitar 2011 daripada akaun peribadinya yang didakwa daripada wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu hari ini, bekas Perdana Menteri itu mengeluarkan semua cek itu pelbagai tujuan, ia termasuk kepada pemimpin politik UMNO, UMNO Bahagian, yayasan, syarikat dan hotel.

Saksi ke-37 pendakwaan yang juga Pengurus Cawangan Ambank (M) Berhad Jalan Raja Chulan, R Uma Devi mengesahkan semua transaksi tersebut semasa ditunjukkan penyata akaun persendirian Najib dengan nombor akaun berakhir 694.

Saksi itu yang dirujuk kepada dokumen berkenaan oleh Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam, berkata antara penerima individu cek itu ialah bekas Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi yang menerima RM100,000 dan bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Jacob Dungau Sagan berjumlah RM200,000.

Katanya, antara parti politik yang menerima cek daripada akaun persendiriannya pula ialah UMNO Bahagian Tun Razak dan UMNO Bahagian Indera Mahkota; masing-masing berjumlah RM200,000.

Pembayaran melalui cek turut dibuat ke atas beberapa syarikat termasuk Jakel Trading berjumlah RM360,000; Institut Terjemahan Negara Malaysia Bhd (RM966,000); Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd (RM2.2 juta); ORB Solutions Sdn Bhd (RM2.45 juta) dan Shangri- La Hotel Kuala Lumpur (RM395,782).

“Yayasan Tun Rahah pula menerima pembayaran daripada bekas Perdana Menteri itu berjumlah RM2 juta.” katanya.

Uma Devi berkata, Najib turut menerima faedah sebanyak RM1.25 juta melalui pembayaran dikreditkan ke dalam akaun persendiriannya itu pada tahun sama melalui 11 transaksi antara Februari hingga Disember 2011.

Saksi itu turut mengesahkan terdapat beberapa kemasukan wang faedah dengan jumlah yang diterima berbeza- beza mengikut baki semasa akaun pada setiap bulan.

Katanya akaun terbabit dibuka pada 13 Januari 2011 dan ditutup pada 30 Ogos 2013.

Uma Devi menyatakan demikian sewaktu sesi pemeriksaan utama pada perbicaraan terhadap Najib di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Najib, 69, sedang dibicarakan terhadap empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan perbuatan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bukit Ceylon di sini di antara 24 Februari 2011 dengan 19 Disember 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram di antara 22 Mac 2013 dengan 30 Ogos 2013, di lokasi sama.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.

Bekas menteri kewangan itu berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika didapati bersalah.

Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank sama, antara 22 Mac 2013 dengan 30 Ogos 2013.

Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA), yang memperuntukkan denda maksimum RM 5 juta dan penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Berita berkaitan
Ekstradisi Jho Low rumit, mencabar : MCW
3 jam lalu· Isu semasa
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
7 jam lalu· Isu semasa
C4 bidas PMX lagi lantik Azam Baki, tak faham kenapa masih disambung lantikan
June 3, 2023· Politik
Dana judi : Parti politik disiasat jangan panik, kata Azalina
June 2, 2023· Politik
Popular
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
9 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
9 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023 · Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023 · Isu semasa
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
16 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok