MySejahtera perkenal tujuh kod QR baharu risiko Covid-19

July 13, 2021 · Isu semasa

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) mengemas kini panduan aplikasi MySejahtera bagi memastikan tidak ada individu yang berstatus tertentu memasuki Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Menurut kenyataan JKJAV hari ini orang ramai boleh merujuk status risiko masing-masing di aplikasi MySejahtera setiap kali mahu meninggalkan rumah.

“Ini adalah panduan terkini yang telah dikemaskini. Anda harus rujuk status risiko di aplikasi MySejahtera anda setiap kali ingin meninggalkan rumah, termasuk juga ketika bersiap-sedia untuk ke PPV untuk vaksinasi.

JKJAV berkata individu yang mempunyai status tinggi tidak akan dibenar masuk ke PPV.

“Ini adalah untuk mengurangkan risiko jangkitan kepada orang lain. Harap anda bersabar, janji temu vaksinasi anda akan dijadualkan ke tarikh lain,” kata JKJAV.

Terdahulu, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) menutup sementara Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam, hari ini, susulan kes positif Covid-19 membabitkan petugasnya.

Pada masa sama, CITF menggesa individu yang hadir untuk menerima vaksin di IDCC antara 29 Jun hingga 12 Julai 2021 membuat penilaian kendiri dan melakukan ujian saringan jika ada tanda-tanda gejala Covid-19.

Semua janji temu yang telah diberikan pada hari ini akan dijadualkan semula kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan secepat mungkin.

Semalam, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin mengarahkan semua PPV melakukan pemeriksaan rapi di pintu masuk bagi mengelak individu berstatus tertentu seperti mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19, memasuki pusat berkenaan.

Beliau berkata selain itu beberapa langkah segera termasuk sanitasi, pengasingan kontak rapat dan melakukan ujian ke atas petugas PPV turut dilakukan apabila individu positif dikesan memasuki PPV berkenaan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok