Muhyiddin gesa Myanmar hentikan pembunuhan orang awam

April 24, 2021 · Isu semasa

Dalam menangani krisis di Myanmar, negara itu perlu meredakan ketegangan di jalanan dan menghentikan pembunuhan serta kekejaman terhadap orang awam, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Memetik laporan Bernama, gesaan itu adalah antara tiga cadangan yang diusulkan oleh Malaysia kepada Myanmar pada Pertemuan Pemimpin-pemimpin Asean di Sekretariat Asean di sini pada Sabtu.

“Yang kedua, bebaskan tahanan politik pada kadar segera dan tanpa syarat,” katanya ketika intervensi pada mesyuarat itu yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin Asean serta ketua junta Myanmar Jeneral Min Aung Hlaing.

Yang ketiga katanya, Pengerusi dan Setiausaha Agung Asean perlu diberikan akses ke Myanmar termasuk akses kepada semua pihak yang berkenaan.

“Malaysia harap Myanmar akan menimbang secara positif cadangan yang dikemukakan ini,” katanya.

Krisis Myanmar menjadi tumpuan utama pada pertemuan itu selepas junta tentera negara berkenaan menggulingkan kerajaan pimpinan awam pada 1 Februari dan mengisytiharkan perintah darurat selama setahun.

Rampasan kuasa itu mencetuskan bantahan besar-besaran yang kemudian digempur dengan kekerasan, menyebabkan ratusan orang terbunuh setakat ini.

Muhyiddin berkata, tidak ada satupun cadangan yang dibuat itu tidak melibatkan Tatmadaw (pasukan tentera Myanmar) sebagai sebahagian daripada penyelesaian.

“Kami sedar bahawa kejayaan usaha Asean dalam isu Myanmar ini amat bergantung pada kesediaan Tatmadaw untuk bekerjasama,” katanya.

Malaysia katanya bersedia untuk terlibat secara konstruktif dengan semua pihak serta menggembleng usaha semua negara anggota Asean bagi membantu Myanmar mengatasi krisis politik terkini itu.

Muhyiddin turut mengeluarkan amaran keras agar situasi yang amat buruk di Myanmar itu ditamatkan segera.

“Malaysia berpegang pada pendirian bahawa pembunuhan dan kekejaman itu mesti ditamatkan. Semua pihak digesa agar tidak melakukan sebarang provokasi dan tindakan yang akan memanjangkan lagi keganasan dan ketegangan tersebut,” katanya.

Menyentuh tentang prinsip Asean untuk tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara anggota, Muhyiddin berkata prinsip itu tidak bermaksud perkumpulan berkenaan harus mengabaikan situasi serius yang mengancam keamanan, keselamatan dan kestabilan rantau ini.

“Kita tidak boleh bersembunyi di sebalik prinsip tidak campur tangan itu dan ia juga tidak boleh dijadikan alasan untuk kita tidak mengambil tindakan,” katanya.

Perdana Menteri berkata masyarakat antarabangsa menaruh harapan tinggi terhadap Asean dalam menangani isu Myanmar.

“Dalam domain Asean, keterlibatan konstruktif bergantung pada kepercayaan, persefahaman dan muhibah,” katanya.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Anwar tiba di Riyadh hadiri Sidang Kemuncak Pertama ASEAN-GCC
October 20, 2023· Isu semasa
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Pembebasan Muhyiddin: Komentar peguam yang diatur adalah songsang
October 6, 2023· Rencana
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok