Memorandum guna ketum, kanabis dan Hemp diserah kepada PM minggu depan

March 22, 2022 · Isu semasa

Satu memorandum hasil dapatan daripada forum awam mengenai Masa Depan Mampan Industri Perubatan Kanabis, Hemp dan Ketum dijangka diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, selewat-lewatnya minggu depan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata langkah berkenaan akan dilakukan pihaknya bagi mendapatkan kelulusan terhadap tanaman berkenaan supaya boleh digunakan untuk industri perubatan dan dieksport ke luar negara, lapor Bernama.

Beliau berkata langkah segera untuk meluluskan tanaman itu untuk dieksport dan menjadi bahan perubatan adalah perlu bagi mengelak Malaysia daripada ketinggalan dalam mematenkan bahan berkenaan.

“Agensi dadah antarabangsa dari Amerika Syarikat dan Jerman dalam proses untuk mematenkan ketum, kalau kita lambat luluskan kebenaran, negara yang akan rugi.

“Kalau lambat patenkan, maka kita yang tanam ketum ini terpaksa mengeluarkan bayaran tinggi untuk mengeksport ketum ke luar negara walaupun mereka tidak tanam,” katanya pada sidang media majlis penyerahan Memorandum Dapatan Forum Awam Masa Depan Mampan Industri Perubatan Kanabis, Hemp dan Ketum Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata memorandum tersebut juga akan diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan.

Pada masa sama, Zahidi berkata beliau akan mengemukakan memorandum hasil dapatan itu kepada setiap Menteri Besar dan Ketua Menteri berhubung keberkesanan tanaman tersebut dalam perubatan selain mendapatkan sokongan Ahli Parlimen untuk meminda Akta Racun 1952.

“Kami akan berjumpa setiap Menteri Besar (dan Ketua Menteri) dan kemukakan laporan perubatan daripada universiti contohnya Universiti Thailand yang memberi laporan ketum bagus untuk saraf dan Universiti Sains Malaysia (USM) juga ada membuat kajian dan kami akan kemukakan.

“Akta yang ada, kita tak boleh eksport, jadi kami nak ubah akta dengan melantik Ahli Parlimen yang menyokong kami seterusnya bincang dengan Peguam Negara,” katanya.

Laporan kajian mengenai kebaikan dan manfaat kanabis, hemp serta ketum dan memorandum tersebut diserahkan kepada Zahidi di forum awam berkenaan pada 16 Dis lepas.

Berita berkaitan
Bekal air ketum dalam lokap, empat anggota polis berdepan siasatan
November 5, 2023· Isu semasa
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
September 26, 2023· Isu semasa
Laporan psikiatri sahkan Yasin tidak waras
July 6, 2023· Isu semasa
Ismail Sabri balas Mat Maslan, buat unjuran tanpa fakta semasa PRU-15
June 10, 2023· Politik
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok