Melancong ke luar negara jejas pelancongan domestik kerana aliran keluar ringgit

September 22, 2022 · Isu semasa

Kecenderungan rakyat negara ini yang lebih memilih melancong ke luar negara sedikit sebanyak boleh menjejaskan aktiviti pemain industri pelancongan tempatan terutamanya yang beroperasi berhampiran sempadan negara seperti Langkawi.

Pengerusi Persatuan Pengusaha Pelancongan Bumiputera Perak Zamari Muhyi berkata bercuti ke luar negara akan menyebabkan lebih banyak aliran keluar mata wang Ringgit Malaysia (RM) yang dilihat boleh memberi impak kepada industri pelancongan di dalam negara, menurut laporan Bernama.

“Orang kita mungkin sudah dua tahun melancong dalam Malaysia, jadi mungkin itu sebabnya mereka memilih untuk keluar (negara) sekejap. Mungkin mereka merasakan keluar dua atau tiga hari sahaja, tetapi hal ini sebenarnya memberikan kesan kepada industri kita,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata apabila trend bercuti ke luar negara khususnya Thailand semakin meningkat tidak dinafikan industri pelancongan domestik akan menurun, bagaimanapun tiada siapa boleh menghalang rakyat negara ini daripada melancong ke mana-mana destinasi pilihan termasuk luar negara.

“Namun, pemain industri pelancongan tempatan boleh menarik nafas lega kerana menerima pelancong dari luar negara seperti Singapura yang masih memilih untuk bercuti di negara ini sekali gus mengisi kekosongan yang ditinggalkan pelancong tempatan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA) Dr Sri Ganesh Michiel mencadangkan agar kerajaan menambah jumlah insentif kepada pembayar cukai yang melancong di dalam negara bagi merancakkan kembali sektor pelancongan domestik.

“Kita cadangkan kerajaan untuk Bajet 2023 supaya beri insentif ataupun rebat cukai untuk pelancong domestik. Kalau melancong di dalam negara, dapat potongan cukai yang lebih tinggi iaitu daripada RM1,000 kepada RM3,000,” katanya.

Beliau percaya inisiatif itu akan dapat kembali merancakkan sektor pelancongan domestik yang secara tidak langsung akan menarik kedatangan pelancong dari luar untuk datang ke negara ini.

“Di Malaysia sendiri ada banyak tempat pelancongan bertaraf dunia untuk dilawati, tapi kita masih tak nampak pelancong asing masuk ke negara kita. Bila rakyat kita melancong di dalam negara, orang asing akan nampak aktiviti pelancongan kita dah mula,” katanya.

Bagi ‘kaki travel’ Muhammad Haikal Zulkifli, 22, keinginan untuk melihat dan merasai sendiri budaya negara lain adalah faktor utama kebanyakan rakyat Malaysia memilih untuk melancong ke luar negara.

Selain itu, Muhammad Haikal yang bekerja sebagai perunding hartanah tidak menafikan bahawa kos yang lebih murah untuk perkhidmatan yang lebih baik mungkin turut menyumbang kepada keadaan itu.

Media baru-baru ini melaporkan ramai rakyat Malaysia memilih untuk me­lancong ke Hatyai, Thailand pada hujung minggu dan cuti sekolah atas faktor kos beli-belah dan makanan ditawarkan pada harga yang murah berbanding destinasi pelancongan popular di dalam negara.

Malah, negara Gajah Putih itu juga dikatakan menawarkan penginapan pada harga murah meskipun terletak di tengah-tengah pusat bandar selain kemudahan pe­ngangkutan yang mudah dan murah serta jaringan jalan raya yang selesa menjadi faktor ramai rakyat Malaysia berpusu-pusu ke sana.

Berita berkaitan
Pelarasan tarif air baharu, pengguna dijangka merasai kenaikan bermula 1 Feb
January 17, 2024· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Tak sesuai mabuk depan orang awam sebagai menteri, sindir Wan Saiful
November 1, 2023· Politik
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023· Dunia
Popular
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok