Mangsa banjir cecah 2,269 orang seluruh negara

November 13, 2022 · Isu semasa

Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 2,269 orang di Perak, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Melaka, Johor dan Kelantan setakat jam 8 pagi pada Ahad (13 November 2022).

Memetik kenyataan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) di Facebook berkata, mangsa banjir di Kelantan mencatatkan angka yang tertinggi dengan 951 mangsa, diikuti Selangor (699), Pulau Pinang (236), Johor (221), Kedah (112), Melaka (40) dan Perak (10).

Dalam pada itu, 172 keluarga ditempatkan di tujuh PPS di Selangor yang melibatkan kawasan Klang dan Kuala Selangor manakala Pulau Pinang merekodkan 81 keluarga ditempatkan di tiga PPS membabitkan kawasan Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara.

Di Kelantan, 311 keluarga ditempatkan di enam PPS bagi kawasan Pasir Mas dan Tanah Merah.

Bagi Johor pula, seramai 52 keluarga ditempatkan di lima PPS manakala Kedah menempatkan 26 keluarga di dua PPS.

Sementara 13 keluarga dipindahkan ke dua PPS di Melaka manakala di Perak, hanya sebuah keluarga ditempatkan di PPS.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Kilang pemasangan Porsche pertama Malaysia dilancar di Kedah
March 28, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok