Malaysia, Iran eratkan kerjasama pertanian setelah Mat Sabu jumpa duta

January 20, 2023 · Isu semasa

Satu perjanjian kerjasama dalam bidang pertanian dijangka dimeterai antara Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) dengan Iran – negara di bawah pengaruh Syiah – tidak lama lagi.

Perjanjian persefahaman (MoU) itu dijangka dibuat antara Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Pertubuhan Penyelidikan, Pendidikan dan Pengembangan Pertanian (AREEO) yang berpangkalan di Tehran.

Persefahaman itu dicapai dalam pertemuan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Mohamad Sabu dan Duta Besar Iran ke Malaysia Ali Asghar Mohammadi di kementerian itu pada 10 Januari lalu, menurut kenyataan MAFS semalam.

Mesyuarat itu diadakan bagi meningkatkan kerjasama dua hala dalam bidang pertanian, khususnya dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, kata kenyataan itu.

“Iran bersedia untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam bidang penyelidikan dan pembangunan melalui kerjasama antara MARDI dan AREEO yang berpangkalan di Tehran. Satu perjanjian kerjasama dijangka akan ditandatangani di antara MARDI dan AREEO tidak lama lagi.

“Selain itu, Iran juga mengharapkan kepakaran dan pengetahuan Malaysia dalam bidang akuakultur dalam membangunkan sektor akuakultur di Iran,” kata MAFS.

Menurut kenyataan itu, Iran pada masa sama bersedia berkongsi kepakaran teknologi dalam sistem terkini pengairan tanaman dan sistem pengurusan air.

“Kedua-dua negara turut bersedia untuk memperkukuhkan perdagangan dua hala dalam bidang pertanian selaras dengan keperluan bagi menjamin sumber makanan yang mampan dan berterusan,” kata kenyataan itu.

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023· Isu semasa
Harga ayam tidak naik dan bekalan stabil: KPKM
November 1, 2023· Isu semasa
Subsidi ditamatkan, jangan risau harga ayam tidak akan naik
November 1, 2023· Isu semasa
Popular
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Letak jawatan jika tak sebulu dengan kerajaan, kata Hadi Awang
May 10, 2021
Hampir 16,000 anggota agensi bencana siap sedia di Selangor
September 28, 2022
Rakyat tertekan berdepan peningkatan kos sara hidup
July 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok