Malaysia antara negara terpantas beri vaksin kepada remaja

October 22, 2021 · Isu semasa

Malaysia menjadi antara negara yang memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada remaja terpantas di dunia, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata 80 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin Pfizer dalam masa kurang dari dua bulan.

“Satu daripada pemberian vaksin Covid-19 kepada remaja yang terpantas di dunia.

“Terima kasih, @DrNoorAzmi (Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali), @DrMahHS (Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Mah Hang Soon) dan semua di CITF-A (Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 Remaja). #LindungDiriLindungSemua,” katanya lapor Bernama daripada kenyataan dalam ciapan di Twitter hari ini.

Dr Noor Azmi merupakan Pengerusi CITF-A manakala Dr Mah sebelum ini bertanggungjawab mengendalikan vaksinasi untuk kumpulan itu.

Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi portal COVIDNOW, sebanyak 1,367,216 remaja berusia 12 hingga 17 tahun atau 43.4 peratus telah lengkap divaksin setakat semalam.

Sejumlah 2,524,156 remaja pula menerima sekurang-kurangnya suntikan dos pertama vaksin sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja dilancarkan pada 8 Sept lepas.

Bagi populasi dewasa pula, 22,084,594 individu atau 94.3 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka bagi tempoh sama manakala 97.3 peratus atau 22,792,916 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Selain itu, sebanyak 235,607 dos harian vaksin diberikan semalam melibatkan golongan dewasa dan remaja, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin di bawah PICK sejak dilancarkan pada 24 Feb adalah 48,673,215.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok