Majoriti pesakit di ICU berusia 40an dan 50an: KP Kesihatan

July 21, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati majoriti individu yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) akibat jangkitan virus Covid-19 adalah dalam kalangan mereka yang berumur 40-an dan 50-an.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata keadaan itu sekali gus membuktikan keberkesanan vaksin dalam membantu mengurangkan jangkitan Covid-19 di kalagan golongan rentan dan warga emas.

“Daripada laporan yang diterima CPRC Kebangsaan dan CPRC Perkhidmatan Hospital, kumpulan umur lebih muda misalnya 40-an dan 50-an dilihat lebih banyak memenuhi ICU berbanding warga emas berumur 60 tahun dan ke atas.

“Situasi ini membuktikan vaksin telah membantu mengurangkan jangkitan COVID-19 di kalangan golongan rentan dan warga emas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata secara keseluruhan, hanya 2.4 peratus kes yang dilaporkan pada hari ini berada pada Kategori 3 hingga 5, dan 97.6 peratus kes berada pada Kategori 1 dan 2, iaitu ketika mula didiagnosa.

Sehubungan itu katanya KKM mengambil pendekatan membenarkan pesakit Kategori 1 dan 2 yang kurang berisiko dan mempunyai kediaman sesuai untuk melakukan kuarantin kendiri di rumah.

“Ini dapat membantu mengurangkan kesesakan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan hospital-hospital. Kes-kes Kategori 3 hingga 5 akan dimasukkan ke PKRC, wad-wad hospital, dan juga ICU di hospital.

“Melihat situasi jumlah kes harian yang kekal tinggi, sememangnya katil-katil di hospital terutamanya ICU adalah penuh dengan pesakit,” katanya.

Terdahulu beliau berkata daripada 11,985 kes baharu hari ini 65 adalah kes Kategori 5 iaitu pesakit kritikal dan memerlukan bantuan alat pernafasan; Kategori 4 (meemerlukan oksigen sebanyak 45 kes); Kategori 3 (radang paru-paru 178 kes; Kategori 2 (gejala ringan 5,847 kes); dan Kategori 1 (tiada gejala 5,850 kes kes).

Beliau berkata pengkelasan kategori itu adalah berdasarkan keadaan klinikal mereka ketika baharu didiagnosa Covid-19.

“Ada di antara mereka kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status sama ada bertambah baik, atau merosot ke kategori lebih tinggi,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok