Mahkamah tolak rayuan, Lokman Adam kekal dipenjara sebulan

October 26, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara sebulan ke atas bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam kerana didapati bersalah menghina mahkamah melibatkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Kamaludin Md. Said yang bersidang bersama Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali dan Datuk Nordin Hassan sebulat suara menolak rayuan Lokman bagi mengetepikan sabitan dan hukuman serta rayuan silang pendakwa raya terhadap hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi tahun lalu.

“Tiada sebab bagi panel ini untuk mengusik keputusan Mahkamah Tinggi kerana hakim berkenaan telah membuat pertimbangan yang betul dengan mengambil kira kepentingan awam dan faktor sampingan lain ketika mencapai keputusannya,” kata Hakim Che Ruzima ketika membaca keputusan tersebut, hari ini, lapor Utusan Malaysia.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan peguam Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah agar pelaksanaan hukuman terhadap Lokman Noor ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Pada 15 Julai 2021, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menjatuhkan hukuman penjara sebulan terhadap Lokman selepas didapati bersalah menghina mahkamah susulan tindakannya mengugut bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Razak, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin yang juga saksi utama dalam kes tersebut.

Menurut Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas, pada 25 September 2019, Lokman dalam satu temu bual mengeluarkan perkataan berbaur ancaman atau ugutan terhadap Amhari kerana memberi keterangan pada perbicaraan bekas perdana menteri itu di Mahkamah Tinggi.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok