LRT laluan Kelana Jaya kembali beroperasi sepenuhnya pagi ini.

November 14, 2022 · Isu semasa

Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya akan kembali beroperasi sepenuhnya pada 6 pagi esok, dua hari lebih awal daripada jangkaan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebooknya, beliau berkata sesi menguji keberkesanan sistem dan keselamatan operasi yang dilakukan semalam menunjukkan bahawa ia stabil, lapor Bernama.

“Saya juga telah diberi taklimat oleh pihak pengurusan dan pakar teknikal Rapid Rail mengenai ujian yang dilakukan, termasuk menggandakan lagi ujian dengan melibatkan 38 unit tren dari Stesen Gombak ke Stesen Putra Height (end to end) malam semalam hingga awal pagi ini bagi memastikan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya selamat dan sedia untuk pembukaan semula secara penuh,” katanya.

Beliau berkata sesi ujian itu turut disertai Bahagian Penguatkuasaan Rel (RED) dan Bahagian Perancangan Rel (REL) serta Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), dan ia menunjukkan sistem kritikal keselamatan stabil tanpa gangguan.

Wee berkata APAD juga mengesahkan kestabilan sistem Kawalan Tren Automatik (ATC) dan mengisytiharkan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya selamat untuk beroperasi sepenuhnya.

Sebelum ini, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengumumkan operasi di 16 stesen LRT dari Kelana Jaya hingga Ampang Park digantung bermula 9 hingga 15 Nov, susulan perkhidmatan yang didapati tidak stabil.

Mengulas lanjut, Wee berkata pemantauan oleh pakar teknikal Rapid Rail dan pihak pengilang peralatan asal (OEM) Thales Group akan diteruskan bagi memastikan kelancaran sistem.

“Saya berharap pembukaan ini dapat memberi kelegaan kepada pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang untuk ulang-alik ke tempat kerja dan menjalankan aktiviti harian,” katanya.

Pada masa sama, Wee berkata Prasarana diminta untuk terus menyediakan bas perantara di stesen hotspot sebagai langkah persediaan.

“Seperti yang saya telah sebutkan dalam sidang media pada 11 Nov lepas, saya telah meminta pengurusan Prasarana mempercepatkan proses penggantian sistem ATC yang baharu agar masalah seperti ini tidak berulang,” katanya.

Menurutnya bagi pengguna yang terjejas, pampasan tiket selama tujuh hari akan diberikan meskipun pemberhentian perkhidmatan adalah lima hari.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu melancarkan perjalanan penumpang LRT yang terjejas termasuk warga kota yang menyediakan perkhidmatan ulang-alik percuma menggunakan kenderaan sendiri bagi mengangkut penumpang.

“Usaha ini amat dipuji dan bukti kerjasama kita semua sebagai Keluarga Malaysia,” katanya.

Berita berkaitan
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
March 31, 2023· Isu semasa
Deepak digesa buat laporan polis atau Wee akan buat laporan sendiri
March 18, 2023· Politik
Selepas Presiden MCA disaman, kini Azmin diberi amaran pengimport telur
March 13, 2023· Politik
Tular gambar Mat Sabu dengan ahli perniagaan, misi ‘telur ayam’?
March 10, 2023· Isu semasa
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
4 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
6 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
6 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
21 jam lalu · Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
13 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok