Lori hantu penyambung nyawa

December 23, 2021 · Isu semasa

Beberapa lori pasir yang dipinjam dari sebuah syarikat pemaju lebuh raya diibaratkan sebagai ‘penyambung nyawa’ kepada penduduk Bandar Seri Ehsan yang terputus hubungan apabila satu-satunya jalan keluar masuk ke kawasan itu dinaiki air banjir sejak pagi Ahad.

Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Seri Ehsan (PPBSE) Ahmad Kamal Miswan, 51, berkata jalan tersebut hanya dapat dilalui kenderaan pacuan empat roda atau lori selepas laluan berkenaan dinaiki air setinggi dua meter.

Katanya, kehidupan 3,500 orang daripada 1,200 keluarga penduduk perumahan berkenaan juga terjejas apabila bekalan elektrik dan jaringan telekomunikasi terputus.

“Kami terdetik untuk menggunakan khidmat lori pasir ini kerana kami nampak ada projek pembinaan lebuh raya berdekatan dan seorang daripada penduduk taman ini bertanya kepada pemaju sama ada boleh membekalkan lori pasir untuk menolong kami untuk keluar dan masuk serta membeli barang makanan dan keperluan lain,” katanya semalam.

Beliau berkata pemaju bersetuju memberi kebenaran kepada penduduk menggunakan beberapa lori pasir dari 8 pagi hingga 5 petang secara percuma, namun jika melebihi tempoh tersebut penduduk perlu memberi bayaran kerja lebih masa (OT) kepada pemandu lori.

Memetik Bernama, Ahmad Kamal berkata perkhidmatan lori tersebut bagaimanapun telah tamat pada hari ini.

Beliau berkata ketika kawasan tersebut terputus bekalan elektrik pada Ahad, penduduk hanya bergantung sepenuhnya kepada lilin sebelum Angkatan Pertahanan Awam (APM) membawa set penjana semalam.

Pegawai Operasi PPS, Leftenan (PA) Kang Wei Xian berkata sejak semalam, 20 anggota APM menyelaras sepenuhnya operasi pusat itu yang menumpukan urusan bekalan makanan dan perubatan untuk penduduk.

“Setakat ini, sebuah lori tiga tan dan dua set penjana digunakan APM manakala pintu masuk laluan itu dikawal pasukan keselamatan lain,” katanya.

Menurut penduduk perjalanan masuk dari jalan besar ke taman perumahan berkenaan sekitar 5 hingga 7 kilometer, tetapi tidak dapat dilalui kenderaan ringan kerana ditenggelami air.

Satu-satunya cara untuk masuk adalah dengan menggunakan kenderaan yang di panggil oleh penduduk di situ sebagai lori hantu.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok