Longgokan kayu balak dicuri dari hutan Bentong dirampas

January 30, 2022 · Isu semasa

Pelbagai spesies kayu balak seperti perah, mempening, kelat dan berangan yang ditebang pembalak haram di Hutan Simpan Lakum di Bentong, Pahang, dirampas dalam satu operasi oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP)

Semua 27 tual balak berukuran 2.4 meter panjang itu yang cuba dibawa keluar tanpa permit itu dirampas dalam serbuah dilakukan Unit Penguatkuasa JPNP Pahang Barat dibantu Pejabat Hutan Daerah (PHD) Temerloh dan Bentong selepas menerima aduan kegiatan menceroboh Kompartmen 11 hutan simpan berkenaan.

Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa) JPNP, Nor Azirim Ahmad, berkata semakan dilakukan dalam kawasan terbabit turut menemui jentera digunakan bagi mengangkat balak dan motosikal dipercayai milik individu yang mendalangi kegiatan haram itu.

Memetik laporan BH hari ini, beliau berkata, serbuan menemui tiga longgok balak pelbagai spesies seperti perah, mempening, kelat dan berangan bersaiz panjang 2.4 meter panjang bernilai lebih RM7,000.

“Sindiket yang terbabit dengan kegiatan itu dipercayai berpengalaman luas melakukan kegiatan menceroboh hutan simpan dan memindahkan balak tanpa permit di daerah ini.

“Mereka terdiri daripada tiga individu tempatan yang mempunyai rangkaian aktiviti berkenaan terutama membabitkan pemandu lori dan pengusaha kilang papan,” katanya, di sini hari ini.

Beliau berkata, balak yang ditebang mengikut saiz ditempatkan sementara dalam ladang kelapa sawit yang terletak bersebelahan dengan Hutan Simpan Lakum, sebelum aktiviti pemindahan dibuat pada waktu malam.

Nor Azirim berkata, sindiket itu dipercayai turut mengguna khidmat pemberi maklumat atau tonto yang menyebabkan pihaknya gagal menangkap suspek.

“Namun, siasatan lanjut dibuat bagi mengesan individu yang terbabit dengan kegiatan haram itu, selepas jentera dan motosikal yang disita digunakan sebagai petunjuk,” katanya.

Katanya, jentera yang disita kini disimpan sementara di pusat simpanan barangan rampasan kes JPNP di Pejabat Ladang Hutan Kemasul, Temerloh, sementara siasatan kes dibuat mengikut Akta Perhutanan Negara (APN 1984) Pindaan 1993.

“Kita tidak berkompromi dengan individu yang terbukti melakukan kegiatan memindahkan hasil hutan seperti balak dan bahan galian seperti emas termasuk bijih besi, tindakan undang-undang menunggu mereka sekiranya terbukti bersalah.

“Justeru, saya merayu kepada masyarakat supaya dapat memberi kerjasama dengan memberi maklumat sekiranya mengetahui terdapat kegiatan menceroboh hutan simpan dan memindahkan hasil hutan.

“Kegiatan ini bukan sahaja memusnahkan hutan dan alam sekitar tetapi turut merugikan kerajaan negeri yang tidak menerima cukai hasil hutan,” katanya.

Berita berkaitan
Polis sahkan terima laporan cip kasino RM4.6 juta dicuri di Genting
November 4, 2023· Isu semasa
Tanah mendap di laluan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, lencongan Bentong Timur
July 26, 2023· Isu semasa
Anwar suruh pemimpin politik pulangkan harta dicuri, tapi tak sebut nama
July 24, 2023· Politik
8 selamat helikopter polis Indonesia mendarat cemas dalam hutan
February 20, 2023· Dunia
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Wisma Putra sahkan Ebit Lew masih teruskan misi bantuan Palestin
June 12, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
KKM sahkan bantu WHO kaji tiga jenis ubat rawat Covid-19
August 13, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok