8 selamat helikopter polis Indonesia mendarat cemas dalam hutan

February 20, 2023 · Dunia

Polis Indonesia (Polri) mengesahkan tiada anggota pasukannya yang terbunuh ketika sebuah helikopternya mendarat cemas di hutan Kerinci, Jambi, di pesisir timur bahagian tengah Pulau Sumatera, hari ini (20 Februari 2023).

Ketua Bahagian Perhubungan Polri, Inspektor Jeneral Dedi Prasetyo dalam satu kenyataan berkata proses membawa keluar lapan juruterbang dan penumpang helikopter itu masih dijalankan.

Menurutnya Ketua Polis Jambi Inspektor Jeneral Rusdi Hartono adalah antara anggota Polri yang berada di dalam helikopter itu, dan dilaporkan mengalami cedera parah.

“Saat ini pasukan perubatan polis sedang melakukan rawatan perubatan atau memberikan pertolongan pertama kepada mangsa khususnya Rusdi,” katanya.

Dedi berkata, pasukan perubatan akan memberi keutamaan kepada rawatan Rusdi kerana kecederaannya lebih teruk berbanding anggota kumpulan lain.

Katanya secara keseluruhannya terdapat 20 anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mendarat di tempat kejadian sekitar jam 13.30 WIB (waktu Indonesia barat) untuk memberi bantuan.

Mengikut perancangan, semua mangsa kemalangan helikopter itu, termasuk Rusdi akan dipindahkan melalui udara menggunakan helikopter. Kaedah ini dianggap paling pantas dan boleh dilaksanakan memandangkan laluan darat amat sukar untuk ditembusi dan mengambil masa yang lama.

Rusdi sendiri dilaporkan mengalami patah tulang tangannya akibat kejadian ini.

Nahas helikopter ini melibatkan lapan anggota Polri iaitu:

1. Ketua Polis Wilayah Jambi, Inspektor Jeneral Rusdi Hartono;
2. Ketua Siasatan Jenayah Polis Jambi, Komisaris Besar Andri Ananta Yusdhistira;
3. Ketua Polis Daerah Jambi Komisaris Besar Michael Mumbunan;
4. Ketua Penyelaras Polis Jambi, Komisaris Polisi Ayani;
5. ADC Kapolda Jambi, Brigadier Muhardi Aditya;
6. Juruterbang, AKP Ali Nurdin S Harahap;
7. Pembantu juruterbang, AKP Amos Freddy P Sitompul; dan
8. Mekanik, Inspektor, Susilo.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok