Anwar suruh pemimpin politik pulangkan harta dicuri, tapi tak sebut nama

July 24, 2023 · Politik

Harta yang dicuri perlu dipulangkan semula atau perlu bersedia berdepan siasatan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri (PMX) itu sekali lagi mengeluarkan amaran kepada pemimpin politik yang didakwanya mencuri harta tetapi tidak menamakan nama individu tersebut, namun umum mengetahui Anwar sebelum ini disaman RM150 juta.

“Tiga kali saya tegaskan, termasuk malam ini (malam tadi), kamu mesti pulangkan balik wang dan harta yang kamu curi daripada rakyat.

“Jika tidak, saya akan minta pihak berkuasa menyiasat, termasuk pergi ke rumah dia, pergi ke pejabat dia, semak akaun dia,” katanya dipetik laporan BH semasa berceramah di Kelantan malam tadi.

Pada masa sama, Anwar berkata bawah pemerintahannya, beliau meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat menteri sama ada terbabit dalam pengambilan kontrak atau saham.

Beliau berkata, pendekatan itu dilakukan bagi menyelamatkan negara dan tidak mahu berlaku penyalahgunaan wang yang sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat.

“Kita hendak hentikan amalan pemimpin mencuri kekayaan, dan Alhamdulillah semua pihak memberi sokongan padu atas usaha saya itu,” katanya.

Untuk rekod, Anwar ketika ini sedang berdepan tindakan saman RM150 juta daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok