Lesen MyAirline digantung serta-merta

November 1, 2023 · Isu semasa

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mengumumkan pihaknya telah menggantung Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) MYAirline Sdn Bhd berkuat kuasa serta-merta.

Dalam satu kenyataan hari ini, suruhanjaya itu berkata menurut seksyen 43(1) Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771], penggantungan itu akan menjaga kepentingan penumpang dan pekerja yang terjejas akibat penggantungan operasi MYAirline, serta mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh industri penerbangan pasca pandemik Covid-19, lapor Bernama.

MAVCOM berkata sebelum ini ia telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada MYAirline pada 13 Okt, 2023, dan mengarahkan syarikat penerbangan itu untuk mengemukakan penjelasan bertulis dalam masa 14 hari.

Ia menambah surat tunjuk sebab itu, antara lain, menekankan kegagalan MYAirline untuk mematuhi syarat-syarat ASL dan penggantungan operasinya secara mengejut pada 12 Okt, 2023.

MAVCOM telah menerima penjelasan bertulis MYAirline pada 27 Okt dan selepas mengkaji penjelasan bertulis itu, suruhanjaya memutuskan untuk menggantung ASL MYAirline kerana penjelasan bertulis tersebut adalah tidak memuaskan.

“MAVCOM juga mempertimbangkan pembatalan ASL MYAirline, namun ia akan memberi kesan kepada usaha untuk memulakan pembayaran balik kepada penumpang yang terjejas,” kata Pengerusi Eksekutifnya Datuk Seri Saripuddin Kasim.

Suruhanjaya itu berkata MYAirline masih bertanggungjawab untuk membuat pembayaran balik kepada penumpangnya yang terjejas mengikut Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC), walaupun ASL telah digantung.

Ia menyatakan sejumlah lebih daripada 117,000 penumpang terjejas disebabkan penggantungan operasi MYAirline dengan nilai jualan hadapan keseluruhan berjumlah lebih RM22 juta untuk penerbangan berjadual dari 12 Okt, 2023 hingga 31 Mac, 2024.

MAVCOM berkata sebahagian besar jualan hadapan adalah daripada agensi pelancongan iaitu sebanyak 58 peratus (RM12.8 juta), diikuti oleh 41.8 peratus (RM9.2 juta) daripada pembayaran yang dibuat melalui kad kredit atau debit.

“MAVCOM akan terus bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mencari penyelesaian untuk penumpang-penumpang yang terjejas dalam mendapatkan wang mereka kembali,” tambahnya.

Pasukan Petugas MAVCOM telah diberi mandat untuk melihat isu bayaran balik penumpang yang terjejas dan memberikan cadangan mengenai langkah seterusnya termasuklah penyelarasan mekanisme perlindungan pengguna penerbangan.

Berita berkaitan
Laporan polis dibuat pekerja MYAirline berhubung tunggakan gaji
November 1, 2023· Isu semasa
Polis tahan ahli perniagaan dalam siasatan kes syarikat penerbangan
October 23, 2023· Isu semasa
Premier Sarawak nafi anak mahu ambil alih MYAirline
October 12, 2023· Isu semasa
MYAirline henti operasi serta-merta, berdepan tekanan kewangan
October 12, 2023· Isu semasa
Popular
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
6 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ir Khairil di ceramah PAS Gong Limau
22 minit lalu
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok