Lebih setahun pandemik orang awam masih tak faham sekatan pergerakan

June 6, 2021 · Isu semasa

Walaupun sudah lebih setahun Malaysia berdepan pandemik Covid-19, masyarakat didapati masih gagal untuk memahami keperluan sekatan pergerakan, yang bertujuan mengekang penularan wabak berbahaya itu dari satu tempat ke tempat lain.

Ini terbukti apabila ada segelintir orang awam di Putrajaya cuba membolosi sekatan jalan raya (SJR) dengan merosakkan penghadang jalan, ‘blinker’, membuka laluan alternatif serta memandu secara lawan arus, selepas 10 jalan bersempadan Selangor ditutup sejak pelaksanaan sekatan pergerakan penuh, pada 1 Jun.

Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata pihak polis mendapati ada laluan alternatif yang dibuat oleh penduduk untuk mengelak SJR.

“Kita dapati laluan alternatif dibuat penduduk tinggal bersempadan Putrajaya seperti Dengkil untuk masuk pusat pentadbiran. Di Jalan 7G menghala masuk Putrajaya Sentral, kita dapati banyak kenderaan melawan arus untuk keluar ke arah Puchong, kerana jalan keluar telah ditutup.

“Sekatan di beberapa jalan namun orang awam masih mencari ruang untuk memudahkan perjalanan dan melepasi SJR yang ditetapkan. SJR bukan bertujuan menyusahkan orang ramai, tetapi mengurangkan risiko penularan dan melindungi kawasan daripada jangkitan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan di beberapa kawasan yang masih menjadi laluan keluar masuk orang awam ke Putrajaya dari kawasan bersempadan Selangor, antaranya Dengkil, Puchong, Bangi dan Kajang, di sini hari ini.

Selain itu Mohd Fadzil berkata, tinjauan di Taman Cabaran Presint 5 mendapati, ‘laluan tikus’ di sempadan Tanah Perkuburan Presint 20 mendapati, motorsikal dan penunggang perkhidmatan penghantaran makanan mencari laluan terdekat untuk memasuki Putrajaya, serta berlakunya perbuatan vandalisme terhadap penghadang jalan dan ‘blinker’ yang dipecahkan, kerana rasa kurang puas hati dengan penutupan jalan.

Beliau berkata, tindakan orang awam itu boleh disiasat di bawah Seksyen 269/270 Kanun Keseksaan, kerana perbuatan cuai atau jahat yang mungkin menyebabkan jangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa.

Mohd Fadzil berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya telah mengeluarkan sebanyak 16 kompaun sejak sekatan pergerakan penuh dilaksanakan pada 1 Jun, di mana pada Jumaat sebanyak tujuh kompaun kerana merentas negeri dan daerah tanpa surat sah dan kebenaran, dan semalam enam saman trafik terhadap individu memandu melawan arus.

Beliau berkata, SJR di empat lokasi mendapati kesesakan berikutan 10 jalan susur keluar Putrajaya ditutup, dan ini menunjukkan tindakan itu wajar dalam membolehkan pemeriksaan lebih rapi di SJR, serta memastikan pergerakan keluar masuk orang awam lebih terkawal dengan surat kebenaran rasmi dan urusan kecemasan.

Empat lokasi SJR statik di Putrajaya terletak di Lebuh Sentosa menghala keluar ke Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Persiaran Selatan menghala keluar ke Dengkil (Presint 5), Pintu 2A Persiaran Utara menghala keluar ke Hospital Serdang (Presint 12) dan Pintu 3 Persiaran Utara menghala keluar ke Puchong (Presint 9).

Mohd Fadzil meminta penduduk Putrajaya dan orang awam supaya bersabar sehingga 14 Jun ini, serta memahami keperluan penutupan jalan dan SJR, dalam usaha membendung risiko penularan Covid-19 sekali gus memutuskan rantaian jangkitan.

Beliau turut melahirkan rasa kesal, atas tindakan kakitangan jabatan dan agensi kerajaan yang menggunakan laluan khas untuk petugas barisan hadapan di SJR, untuk mengelakkan sekatan dan mempercepatkan perjalanan.

Katanya polis tidak menghalang orang awam memasuki Putrajaya, namun perlu menunjukkan surat kebenaran rentas yang sah, serta menasihati kakitangan jabatan dan agensi kerajaan yang bukan tergolong sebagai petugas barisan hadapan, untuk merancang perjalanan dengan baik dan mengikuti setiap peraturan yang telah ditetapkan.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok