Lebih 100 guru di Terengganu tolak vaksin, kata MB

September 13, 2021 · Isu semasa

Dianggarkan lebih 100 guru di Terengganu menolak untuk menerima suntikan vaksin Covid-19, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Ahmad Samsuri berkata berharap guru-guru tersebut dapat menimbang semula keputusan mereka demi kebaikan semua pihak, namun beliau menegaskan jumlah itu mewakili peratusan yang kecil daripada keseluruhan guru di Terengganu.

“Isu ini memang ada. Tempat lain pun ada. Cuma seruan saya kepada mereka ini dapat mempertimbang semula keputusan mereka, demi kemaslahan dan kebaikan semua pihak.

“Saya difahamkan jumlah itu tidak statik kerana ada guru menerima vaksin selepas dipujuk dan selebihnya mereka yang ‘hardcore’ atau tegar.

“Bagi penjawat awam negeri pula, setakat ini kita tidak ada terima laporan lagi. Kita tidak tahu punca mereka (menolak) sama ada sebab penyakit atau sebaliknya,” katanya lapor Bernama.

Terdahulu, Ahmad Samsuri menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Ke-14 hari ini.

Ketika ditanya mengenai tindakan yang mungkin dikenakan terhadap guru yang enggan menerima vaksin tanpa alasan kukuh, Ahmad Samsuri berkata, tiada peraturan atau undang-undang yang membolehkan tindakan dikenakan ke atas mereka.

“Pendekatan ketika ini adalah peringkat memujuk bagi memastikan guru-guru yang berkenaan bersetuju menerima suntikan vaksin,” katanya.

Ahmad Samsuri berkata, ujian saringan COVID-19 secara berkala selepas pembelajaran bersemuka bermula antara pilihan lain jika golongan berkenaan masih enggan divaksin.

“Itu mungkin salah satu cara. Kalau mereka sanggup hendak ‘hadap’ ujian dua minggu sekali, itu terpulanglah,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok