Lawatan khas Agong, Permaisuri ke UK mulai hari ini

September 17, 2021 · Isu semasa

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengadakan lawatan khas ke United Kingdom mulai hari ini hingga 27 Sept.

Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan Seri Paduka berdua berkenan mengadakan lawatan ke Battersea Power Station, projek ikonik Malaysia di London yang merupakan usaha sama antara Sime Darby Property, SP Setia Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Seri Paduka berdua juga berkenan melawat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London pada 24 Sept bagi sesi pertemuan dengan rakyat Malaysia yang terdiri daripada usahawan, ahli akademik, pelajar serta ketua komuniti.

“Pada 25 Sept, Seri Paduka berdua dijadualkan berangkat melawat Tun Abdul Razak Research Centre (TARRC), sebuah syarikat milik penuh Lembaga Getah Malaysia dan satu daripada institusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) getah terkemuka dunia,” menurut kenyataan itu.

Seri Paduka turut berkenan menerima kunjungan Ketua Staf Pertahanan United Kingdom Jeneral Nicholas Carter, dengan pertemuan itu akan menyentuh hubungan kerjasama pertahanan Malaysia dan United Kingdom.

Menurut Wisma Putra, secara keseluruhan lawatan khas itu melambangkan kepentingan hubungan erat antara Malaysia dan United Kingdom dimanifestasikan di peringkat pemerintahan tertinggi negara.

Selain itu, lawatan tersebut turut menzahirkan keprihatinan Seri Paduka berdua terhadap kesejahteraan rakyat Malaysia serta prestasi pelaburan dan kepentingan negara di United Kingdom agar sentiasa berada dalam keadaan yang baik terutamanya semasa pandemik yang mencabar ini.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Sultan Ibrahim berangkat bertemu Sultan Selangor dan Sultan Perak
October 28, 2023· Isu semasa
Al-Sultan Abdullah menamatkan tempoh pemerintahan 30 Jan, zahir penghargaan
October 26, 2023· Isu semasa
Anwar kata lawatan ke UAE berjaya, sangat bangga
October 7, 2023· Isu semasa
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Tak penting pendapat orang, kata Nazri selepas dilantik duta AS
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok