Laporan LHDN serbu rumah, Hamzah akan ambil tindakan

June 17, 2023 · Isu semasa

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab berhubung dakwaan laporan kediamannya ‘diserbu‘ Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Hamzah yang juga Ketua Pembangkang dan bekas Menteri Dalam Negeri itu enggan melayan dakwaan tersebut.

“Serbu itu bagaimana maksudnya…siapa yang gunakan perkataan serbu, saya nak maklumkan sudah banyak serangan fitnah yang dilakukan terhadap saya.

“Saya tidak mahu menjawab kepada semua perkara-perkara fitnah (atau) berita-berita yang telah pun disebarkan luas dalam negara kita.

“Yang pastinya, saya akan ambil tindakan bila sampai masanya, insya-Allah, saya sudah minta pegawai saya untuk melihat semua sama ada berita yang rasmi, yang tidak rasmi (atau) sosial media, saya hanya kumpulkan hari ini,” katanya, lapor BH.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Pelancaran Jentera Pilihan Raya PN Marang di pekarangan Pasar Binjai Rendah di Marang, malam tadi.

Hamzah berkata beliau akan membuktikan segala serangan terhadapnya dan pimpinan PN yang lain adalah fitnah untuk memburukkan nama mereka.

“Kita tengok sehinggalah sampai masa, saya akan gunakan, insya-Allah, dalam pilihan raya negeri nanti saya buktikan bahawa apa yang berlaku ini adalah fitnah.

“Ia hanya semata-mata nak memburukkan nama pemimpin-pemimpin PN bukan hanya Pengerusi PN, Tan Sri Muhyuddin Yassin; Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan ramai lagi pemimpin-pemimpin lain daripada PN yang telah difitnah,” katanya.

Media semalam melaporkan rumah Ahli Parlimen Larut itu diserbu dan digeledah oleh pegawai LHDN di mana beberapa dokumen dirampas.

Bulan lalu, Hamzah mengesahkan beliau dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan berhubung satu kes pendakwaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Beliau menyatakan, keterangan berkenaan dilakukan susulan pertuduhan ke atas ahli perniagaan, Sim Choo Thiam di mahkamah.

Hamzah mendakwa, kes pertuduhan di mahkamah membabitkan ahli perniagaan itu yang turut mengheret namanya jelas bertujuan untuk merosakkan nama baiknya, Bersatu dan PN.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
4 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
4 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok